PENAMPANG: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menghasilkan produk A-yamli, sebuah inovasi terhadap ayam pedaging komersial yang menggunakan ekstrak Tongkat Ali sebagai sebahagian daripada diet pemakanannya.

Penyelidikan itu dimulakan pada tahun 2011 bagi menghasilkan kualiti daging ayam yang lebih premium dan sihat tanpa bergantung penuh kepada ubat-ubatan seperti antiobitik dan vaksin.

Majlis pelancarannya disempurnakan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UMS, Ir. Prof. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly di  pasar raya Pick N Pay, di sini, pada Ahad.

Menurut Rosalam, menerusi kajian dan fasa pra pengkomersialan di lapangan, terbukti Tongkat Ali dapat menjadikan ayam pedaging lebih aktif, mengurangkan kadar kematian dan bau pada reban ayam, serta menunjukkan kurangnya kehadiran lalat pada najis ayam.

“Hasil kajian juga mendapati bahawa kandungan protein pada ayam pedaging ini lebih tinggi manakala lemaknya pula kurang.

“Penggunaan Tongkat Ali kepada ayam pedaging ini juga menyebabkan isi atau daging ayam lebih pejal dan mempunyai rasa yang tersendiri.

“Semua ujian dan pra pengkomersialan telah dilakukan di Sabah dan di negara Brunei Darussalam yang akhirnya membawa kepada pengkomersialan A-yamli yang dilancarkan hari ini (Ahad),” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Untuk rekod, produk A-Yamli turut dinobatkan sebagai pemenang pingat emas semasa dipertandingkan pada Seoul International Invention Fair pada 2013.

Sementara itu, Rosalam turut merakamkan ucapan terima kasih kepada syarikat Petrogaya Sdn. Bhd. kerana sudi berkolaborasi dengan UMS dalam mengkomersialkan produk berkenaan.

“Sebagai hala tuju dan kelestarian, UMS juga sentiasa memantau keberkesanan projek pengkomersialan ini melalui syarikat milikan penuh universiti iaitu UMS Investment Holdings Sdn Bhd.

“Produk ayam premium A-yamli kini boleh diperoleh di pasar raya Pick N Pay Plaza 333, Penampang.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada penyelidik Fakulti Perhutanan Tropika (FPT), Ag. Ahmad Mohd. Yunus atas kejayaan menghasilkan inovasi yang berimpak tinggi ini,” ujar Rosalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan Petrogaya Sdn. Bhd. Mazali Rajang, Pengarah Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan UMS Prof. Madya Dr. Jidon @Adrian Janaun, Dekan FPT UMS Prof. Madya Dr. Normah Awang Besar@Raffie, dan Ketua Jualan dan Barangan CCV Retail Sdn. Bhd Lin Shih Lung.

 

KOTA KINABALU: Six students and staff from Universiti Malaysia Sabah (UMS) are representing Malaysia in the World Championships of Performing Arts (WCoPA) in Los Angeles, United States of America (USA).

The championship is taking place from July 22 to July 30.

The participants are two students from the Art and Creative Technology Academy (ASTiF), two students from the Psychology and Education Faculty (FPP) and a staff from academy and a UMS administrative staff.

ASTiF music art student, Kristy Samunting will be contesting in the Vocal Broadway singing category, Vocal Pop, Vocal R&B and Open Vocal for ages between 18 and 24 years old.

ASTiF dance art student, Vanessa William will be contesting in the solo dance contemporary category, Dance Open, Dance Lyrical and Dance Ethnic for the age category of 18 to 24 years old.

FPP UMS student, Noor Hasfizzah Ladin, will be contesting in the singing competition of Vocal Pop, Vocal Open, Vocal Variety and Vocal World for the age category of 25-29; while Quenner Mitchell Pauzi, an FPP postgraduate student, will be contesting in the instrumental music category showcasing Sabah’s musical instrument, “Sundatang”.

Quenner has taken part in the event before, bringing a gold, three silver and one bronze medals to Malaysia.

The two UMS staff contesting are ASTiF Creative Art Programme chief, Dr Sharip Zainal Sagkif Shek and UMS Senior Culture Artists, Norain Abd Razak.

They will be taking part in the duet dance event for the age category of 30 years and above.

For the record, the last time UMS took part in the competition was in 2018 where it garnered one gold, seven silver and one bronze medals.

 

 

KOTA KINABALU: Enam peserta Universiti Malaysia Sabah (UMS) mewakili Malaysia ke pertandingan World Championships of Performing Arts (WCoPA) yang berlangsung di Los Angeles Amerika Syarikat pada 22-30 Julai 2022.

Para peserta terdiri daripada dua pelajar Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF), dua pelajar Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) dan masing-masing seorang kakitangan akademik dan pentadbiran UMS.

Pelajar Seni Muzik ASTiF, Kristy Samunting akan bertanding dalam kategori nyanyian Vocal Broadway, Vocal Pop, Vocal R&B, dan Vocal Open kategori umur 18-24 tahun.

Manakala, pelajar Seni Tari ASTiF, Vanessa William bertanding dalam kategori Tarian Solo - Dance Contemporary, Dance Open, Dance Lyrical, dan Dance Ethnic untuk kategori umur 18-24.

Bagi pelajar FPP UMS, Noor Hasfizzah Ladin, beliau akan berentap dalam kategori nyanyian Vocal Pop, Vocal Open, Vocal Variety, Vocal World kategori umur 25-29.

Quenner Mitchell Pauzi yang merupakan Pelajar Pascasiswazah FPP sekali lagi membuat penampilan bertanding dalam kategori muzik instrumental menggunakan alat muzik Sabah ‘Sundatang’.

Pada penyertaan sebelum ini, Quenner merupakan penyumbang lima pingat kepada Malaysia iaitu satu emas, tiga perak dan satu gangsa.

Dalam pada itu, dua kakitangan UMS yang turut bersaing buat julung kalinya pada pertandingan itu ialah Ketua Program Seni Kreatif ASTiF, Dr. Sharip Zainal Sagkif Shek dan Artis Budaya Kanan UMS, Norain Abd Razak.

Mereka akan bertanding dalam acara tarian duet kategori umur 30 tahun ke atas.

Untuk rekod, kali terakhir UMS menyertai pertandingan tersebut adalah pada tahun 2018 dengan kejayaan meraih satu pingat emas, tujuh perak dan satu gangsa.

 

KOTA KINABALU: Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) dengan kerjasama Cardiff University School of Psychology mengadakan intervensi Terapi Penerimaan dan Komitmen (ACT) untuk kesihatan ibu dan anak (Perinatal Health) bermula Jun hingga Oktober depan.

Pengarah HUMS, Prof. Dr. Helen Lasimbang berkata, intervensi yang merangkumi dua fasa itu melibatkan ibu mengandung serta staf HUMS dan dua buah klinik kesihatan.

“Fasa pertama merangkumi 25 kakitangan HUMS dan Klinik Kesihatan (KK) Sikuati yang telah menjalani latihan secara dalam talian melalui program yang dinamakan Training of Trainers baru-baru ini.

“Dalam fasa kedua, 250 ibu mengandung di KK Sikuati, KK Tamparuli, serta HUMS menerima intervensi ACT secara berkumpulan selama 10 minggu bermula Ogos sehingga Oktober 2022,” katanya.

Helen berkata demikian dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. 

Menurutnya, intervensi psikologi untuk ibu dan anak itu diadakan julung kalinya di Sabah yang dibuat secara besar-besaran.

“Projek intervensi ini juga adalah buat yang pertama kalinya ditawarkan di kawasan desa atau luar bandar di negeri ini.

“Ia selaras dengan salah satu bidang tujahan atau niche area HUMS iaitu healthcare uberisation, yakni membawa perkhidmatan kesihatan kritikal ke pesakit, bukannya menunggu pesakit datang ke hospital,” jelasnya.

Helen turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi merealisasikan program berkenaan.

“Setinggi penghargaan kepada dua pakar dari Cardiff University School of Psychology iaitu Dr. Cerith Waters dan Dr. Jennifer Berrett kerana bersama-sama dengan HUMS bagi menjayakan projek ini.

“Terima kasih juga kepada Pegawai Perubatan Jabatan Psikiatri dan Psikologi HUMS, Dr. Farahin Musa selaku pengelola projek.

“Sesungguhnya, adalah menjadi harapan HUMS untuk terus memainkan peranan dalam usaha memanjangkan intervensi ini kepada kesemua perkhidmatan ibu dan anak, tidak kira di bandar atau desa, mahupun di hospital atau di klinik desa,” katanya.

 

KOTA KINABALU – Sejumlah 1 tan sampah dikutip di pesisir pantai Outdoor Development Centre (ODEC), Universiti Malaysia Sabah (UMS) sempena program Coastal Clean-up with Community yang dijayakan baru-baru ini.

Program anjuran AEON Credit Service dengan kerjasama Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) UMS dan Sukarelawan Siswa UMS itu disertai seramai 120 sukarelawan.

Pengurus Kawasan Sabah AEON Credit Service, Esmond Teo Yee Seng berkata, sejajar dengan falsafah syarikat AEON, aktiviti tanggungjawab sosial korporat merupakan acara tahunan AEON untuk memupuk kesedaran masyarakat dalam kepentingan kebersihan kawasan-kawasan tumpuan awam dan alam semula jadi secara amnya.

“Selain daripada pantai ODEC, UMS, 2 lagi pantai yang terlibat dalam program seperti ini iaitu di Pantai Sepat (Pahang) dan Pantai Bersih (Pulau Pinang).

“Pada 16 Julai yang lalu, program ini telah diadakan di Pantai Morib (Selangor), Pantai Batu Layar (Johor) dan Pantai Kampung Bunta (Sarawak).

“Sasaran AEON Credit adalah untuk mengutip sebanyak 6.5 tan sampah termasuk plastik, polisterin dan lain-lain sisa sampah di lokasi-lokasi terbabit,” katanya sebelum sesi mengutip sampah bermula.

Sementara itu, Pengarah PKPP, Dr. Jurry Foo menzahirkan penghargaan kepada AEON Credit yang memilih Pantai ODEC, UMS sebagai salah satu lokasi pantai dalam siri program CSR mereka.

“Pantai ini menjadi tumpuan pelancong dan pelawat dari luar terutamanya pada hujung minggu yang ingin menikmati suasana matahari terbenam.

“Justeru, usaha ini dilihat mampu mengurangkan sampah agar orang ramai yang berkunjung ke sini berasa selesa dan gembira untuk berjalan-jalan di pantai,” katanya.