Alumni UMS Chapter Tawau Semarak Semangat Cintakan Universiti

 

Alumni merupakan agen berkesan dalam merealisasikan implikasi kewujudan sesebuah universiti menerusi penyaluran ilmu kepada masyarakat.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr. Shahril Yusof berkata, ia kerana alumni yang telah menimba ilmu adalah sebahagian daripada ahli komuniti yang lebih memahami keadaan dan keperluan sebenar masyarakat setempat.

“Sekembalinya mereka kepada masyarakat, maka peranan mereka sebagai agen perubahan masyarakat amatlah relevan,” katanya pada program Temu Santai Alumni UMS Chapter Tawau anjuran Pusat Alumni UMS, di sini, pada Sabtu.

Menurut Shahril, menerusi gabungan kepakaran dari UMS dan kearifan serta kedudukan alumni, maka lebih banyak program yang menyumbang kepada kemajuan sosio-ekonomi masyarakat akan dapat diadakan.

Ujar beliau, aktiviti bersama masyarakat adalah sebahagian daripada agenda utama UMS di bawah kepimpinan Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor.

“Saya juga akan meminta Pusat Alumni UMS untuk menyediakan kertas kerja berkaitan dengan cadangan pemberian diskaun kepada alumni UMS yang ingin melanjutkan pengajian ke program ijazah lanjutan.

“Selain itu, cadangan penggunaan kad alumni UMS akan diperkenalkan dalam sedikit waktu lagi bagi memberi potongan harga diskaun kepada alumni UMS yang membeli atau menggunakan perkhidmatan yang bakal ditawarkan oleh rakan-rakan strategik terlibat kelak.

“Bagi meningkatkan rasa kecintaan kepada alma mater, UMS turut berhasrat untuk mengadakan program Kem Musim Panas dalam kampus kepada anak-anak atau ahli keluarga alumni pada masa akan datang,” tambah Shahril.

Hadir sama, Pengarah Pusat Alumni UMS, Dr. Arif @ Kamisan Pusiran; Dekan Fakulti Peniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Prof. Madya Dr. Mohd. Rahimie Abd. Karim; Pengarah Pusat Komunikasi Korporat, Dr. Jakaria Dasan; dan Pengarah Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf, Dr. Borhan Abdullah.

Yang turut hadir, Pengarah Galeri Azman Hashim, Dr. Mohammad Puad Bebit, Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP), Dr Ervin Gubin Moung; Timbalan Bendahari

Kanan Jabatan Bendahari, Mohamad Edrus Othman; dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS yang pertama, Idham Hussin.

Untuk rekod, UMS mempunyai seramai 863 alumni yang berasal dari daerah Tawau.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.