Ambil iktibar peningkatan kes Covid-19 pasca PRN Sabah

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 baru-baru ini kali pertama berlangsung ketika negara berdepan serangan pandemik COVID-19. Ia praktis tidak dapat dielakkan dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

PRN Sabah terpaksa diadakan selepas Yang di-pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, membuat keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan pada 30 Julai lalu.

Sejak awal, ramai penganalisis menduga kelangsungan pilihan raya ini akan mengundang suatu yang negatif terhadap pembendungan penyebaran COVID-19 di negara kita.

Ia terbukti apabila kes baharu meningkat mendadak selepas PRN Sabah pada 26 September. Hal ini tidak dapat dinafikan, bahkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengakui pada ucapan khas beliau pada 6 Oktober.

Apa pun, kita tidak patut salahkan sesiapa. Menoleh ke belakang dan menyalahkan atau menuding jari kepada mana-mana pihak, hanya merugikan dan membuang masa berharga dalam menghadapi dan berjuang menghapuskan COVID-19.

Jalan terbaik, kita semua perlu melihat bagaimana untuk menghadapinya ke arah lebih baik pada masa akan datang dengan matlamat kes baharu tidak terus meningkat.

Apa yang berlaku di Sabah — bermula penamaan calon pada 12 September hingga keputusan diumumkan dan hari-hari awal kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) — semua perlu diteliti dan diambil pengajaran.

Semua ini penting untuk mencari di mana titik kesilapan berlaku. Apakah bentuk pengajaran perlu diambil demi mengelak yang buruk tidak berulang, terutama pada pilihan raya akan datang.

Terbaru, mahu atau tidak Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi di Sabah pasti akan berlangsung. Kerusi itu kini diisytiharkan kosong susulan kematian wakil rakyatnya, Datuk Liew Vui Keong.

Oleh kerana pilihan raya tidak dapat dielakkan dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, maka kita semua mesti memikirkan apakah norma baharu pilihan raya yang perlu diamalkan.

Ringkasnya, satu prosedur operasi standard (SOP) bersesuaian dengan norma baharu pilihan raya perlu ditetapkan, bermula hari penamaan calon hingga keputusan pilihan raya diumumkan.

Jika hal ini benar-benar difikirkan, difahami dan dilaksanakan serta diamalkan dengan tegas, pasti kesan buruk akibat proses pilihan raya seperti yang dilihat pasca PRN Sabah dapat dielak daripada berulang.

Ketika PRN Sabah sebagai contoh, pelanggaran SOP dilihat cukup jelas. Penjarakan fizikal tidak diamalkan sepenuhnya. Individu yang hadir juga ramai berada dalam jarak dekat iaitu kurang satu meter. Apa yang aneh, sentuhan penumbuk berleluasa, seolah-olah ia tidak bersalahan SOP.

Ini berlanjutan ketika tempoh masa kempen bermula antara 12 September hingga tengah malam 25 September. Apa yang berlaku seakan-akan menunjukkan masyarakat umum lupa bahawa negara masih berdepan risiko serangan COVID-19 — musuh yang tak dapat dilihat!

Kempen PRN Sabah jika dilihat cukup meluas membabitkan jumlah besar penyokong parti politik termasuk dari Semenanjung.

Ironinya, adakah benar-benar perlu bagi penyokong parti untuk datang ke Sabah? Adakah ia mempunyai kesan besar dan sejauh manakah penyokong serta ahli parti dari Semenanjung memahami dan mengetahui lokasi atau keadaan sebenar COVID-19 di Sabah?

Hasilnya, apa yang berlaku seolah-olah semua sudah berada di luar tempoh masa COVID-19. Bahkan ada yang ke daerah Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu (iaitu empat Zon Merah), malah lebih teruk tidak memahami dan menjaga SOP sepenuhnya.

Seharusnya, kedatangan penyokong dan pembantu parti politik dari Semenanjung dikurangkan ketika negeri itu berhadapan COVID-19 khususnya ke kawasan daerah Zon Merah.

Ironinya, ini tidak berlaku. Seolah-olah

perjalanan kempen tidak banyak beza dengan keadaan sebelum COVID-19.

Yang jelas, peluang datang ke Sabah dilihat cukup istimewa bagi mereka memandangkan kos tambang dan hotel ditanggung, menyebabkan ramai alpa sehingga mengenepikan bahaya COVID-19 yang sedang ‘menyerang’.

Tidak salah datang membantu rakan bertanding, tetapi penting sekali menjaga SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Melihat ke depan, PRK Batu Sapi nanti diharap pihak terbabit khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengenakan peraturan ketat, terutama kemasukan penyokong dan pembantu parti politik dari Semenanjung.

Kerajaan Sabah mungkin boleh mengadakan kawalan dan sekatan kerana hal ehwal imigresen adalah kuasa kerajaan negeri.

Kawalan ketat bersesuaian norma baharu pilihan raya patut dikuatkuasakan kerajaan negeri bagi mengelak apa yang berlaku akibat PRN Sabah berulang sekali lagi.

Tidak disangkal bilangan ramai yang pulang dari Sabah selepas PRN menjadi satu daripada sebab penyebaran jangkitan COVID-19.

Arahan menjalani saringan dan kuarantin pula hanya dikenakan ke atas mereka yang pulang dari negeri itu selepas 27 September dan ia kurang tepat. Adakah mereka yang pulang sebelum 27 September benar-benar selamat daripada COVID-19?

Sepatutnya mereka yang terbabit dengan kempen di Sabah perlu dikawal lebih awal. Kita perlu melihat perkara ini sebagai suatu yang berisiko mengundang implikasi besar dan bukan perkara remeh.

Mereka yang positif COVID-19 sukar ditentukan dengan mudah. Apakah kita semua tidak sedar? Ataupun kita semua sedar, tetapi tidak menyangka ia memberi kesan besar kepada penyebaran COVID-19?

Apa yang berlaku pada PRN Sabah dan impak negatif kepada penyebaran meluas yang begitu pantas adalah di luar jangkaan.

Bukan politik dan kempen pilihan raya itu tidak penting, tetapi pada masa sama, kesihatan umum dan wabak tak nampak yang sedang merebak jangan sekali-kali dipandang kecil.

Melihat ke depan, PRK Batu Sapi nanti diharap pihak terbabit khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengenakan peraturan ketat, terutama kemasukan penyokong dan pembantu parti politik dari Semenanjung.

20 April 2022 - Notis Penutupan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IPT UMS

21 September 2021 - PELAN PEMULIHAN NEGARA – SOP FASA 2 BAGI SELURUH NEGERI SABAH

29 Julai 2021 - Suntikan Vaksin PPV UMS Capai 3,000 Dos Sehari 

24 Julai 2021 - Kapasiti PPV UMS Ditingkatkan Sehingga 3,000 Dos Sehari

   17 Julai 2021 - Pengurangan Yuran Pelajar Di Universiti Awam Sepanjang Pandemik Covid-19

13 Julai 2021 - Kenyataan Media Kementerian Pengajian Tinggi mengenai Pengendalian Program Akademik Pendidikan Tinggi Semasa Perintah Kawalan Pergerakan.

10 Julai 2021 - Pergerakan Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Pulang Sempena Cuti Semester 2020/2021

1 Julai 2021 - Kenyataan Akhbar Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia

28 Jun 2021 - Pelan Pemulihan Negara - Fasa 1 Bagi Negeri Sabah

3 Jun 2021- Hospital UMS suntik 1,000 Dos Vaksin Sehari

2 Oktober 2020 - KPT: PENANGGUHAN PENDAFTARAN SECARA FIZIKAL/BERSEMUKA PELAJAR IPT KEMASUKAN OKTOBER 2020

27 September 2020 - KPT: PENANGGUHAN KEMASUKAN PELAJAR (BAHARU DAN LAMA) DARI KAWASAN ZON MERAH COVID-19 KE IPT

10 Jun 2020 - UCAPAN DR. RADZI JIDIN MENTERI KANAN PENDIDIKAN “PENGUMUMAN TARIKH PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH”

27 Mei 2020 - KPT: KENYATAAN MEDIA PENGENDALIAN AKTIVITI AKADEMIK DI KAMPUS INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SEMASA DAN PASCA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

21 Mei 2020 - KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH: SOP SAMBUTAN PERAYAAN

10 Mei 2020 - KENYATAAN MEDIA YAB KETUA MENTERI SABAH PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN TAHAP 5

6 Mei 2020 - KPT: KENYATAAN MEDIA MENGENAI KEBENARAN UNTUK IBU BAPA MENGAMBIL PELAJAR IPT DI KAMPUS

3 Mei 2020 - KENYATAAN MEDIA YAB KETUA MENTERI SABAH: PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) COVID-19

2 Mei 2020 - KENYATAAN MEDIA PENGARAH KESIHATAN NEGERI SABAH: SITUASI PENYAKIT COVID-19 NEGERI SABAH

2 Mei 2020 - KENYATAAN MEDIA YAB KETUA MENTERI SABAH: PENGECUALIAN MENJALANKAN KUARANTIN DI PUSAT KUARANTIN BAGI PELAJAR SABAH DARI SEMENANJUNG MALAYSIA DAN SARAWAK

26 April 2020 - KPT: KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN PULANG PELAJAR IPT KE KAMPUNG HALAMAN

16 April 2020 - KEMASUKAN PELAJAR BAHARU KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) TAHUN INI BAGI SESI AKADEMIK 2020/2021

14 April 2020 - UMS TERUSKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL SUMBANGKAN PERALATAN PELINDUNG DIRI KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN

12 April 2020 - PESANAN KEPADA PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI BERIKUTAN PENGUMUMAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN FASA 3

10 April 2020 - TEKS PERUTUSAN KHAS YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA

10 April 2020 - SOALAN LAZIM PEROLEHAN KERAJAAN

8 April 2020 - JEMAAH MENTERI MEMBENARKAN PEMBUKAAN SEMULA SEKTOR TAMBAHAN UNTUK BEROPERASI DALAM TEMPOH PKPD

9 April 2020 - KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH SELAKU PENGERUSI SABAH COVID-19 COMMAND CENTRE

6 April 2020 - LANGKAH TAMBAHAN BAGI PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN)

2 April 2020 - KENYATAAN MEDIA RESPON UMS KE ATAS LAPORAN AKHBAR MENGENAI UMS MOHON SUMBANGAN MAKANAN UNTUK PELAJAR

24 Mac 2020 - KENYATAAN MEDIA PENGARAH KESIHATAN NEGERI SABAH SITUASI PENYAKIT COVID-19 NEGERI SABAH

23 Mac 2020 - KENYATAAN SIDANG MEDIA YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA

23 Mac 2020 - KENYATAAN MEDIA PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) DALAM TALIAN

19 Mac 2020 - PENGUMUMAN ASNB

19 Mac 2020 - PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PTPTN

19 Mac 2020 - KENYATAAN MEDIA PENGARAH KESIHATAN NEGERI SABAH SITUASI PENYAKIT COVID-19 NEGERI SABAH

18 Mac 2020 - KENYATAAN MEDIA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI

16 Mac 2020 - KENYATAAN MEDIA (KHAS) YAB KETUA MENTERI SABAH MENGENAI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

13 Mac 2020 - KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG STATUS KESIHATAN KAKITANGAN UMS YANG MENYERTAI PERHIMPUNAN TABLIGH DI MASJID SERI PETALING, SELANGOR PADA 27 FEBRUARI HINGGA 1 MAC 2020

9 Mac 2020 - KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG POSTING DI DALAM MEDIA SOSIAL YANG DIKAITKAN DENGAN COVID-19

26 Jun 2020 - e-Rencana: Adaptasi Kenali dan Kitar Semula Botol Plastik Pensanitasi Tangan

24 Jun 2020 - e-Rencana: Adaptasi Kecerdasan Emosi Sosial Dalam Norma Baharu

19 Jun 2020 - e-Rencana: Tragedi Titik Buta Ekonomi

17 Jun 2020 - e-Rencana: Ketahui Kandungan Pembasmi Kuman dalam Pensanitasi Tangan

17 Jun 2020 - e-Rencana: KARAKTER INSAN TERPILIH: Pegawai Pengiring Pelajar OPS Pergerakan Pulang Pelajar IPTA/IPTS

15 Jun 2020 - e-Rencana: Amalan Norma Baharu dengan Teori Freud

15 Jun 2020 - e-Rencana: Kesan COVID-19 kepada Manusia dan Alam

12 Jun 2020 - e-Rencana: COVID-19 dan Norma Baharu Pelancongan: Apa Solusinya?

12 Jun 2020 - e-Rencana: Pesona Mata Norma

10 Jun 2020 - e-Rencana: Empat Dimensi Kebahagiaan Subjektif Orang Kurang Upaya Fizikal

10 Jun 2020 - e-Rencana: Cabaran Ekosistem Pelancongan Kampus

8 Jun 2020 - e-Rencana: Pembelajaran Maya Sepanjang PKP

8 Jun 2020 - e-Rencana: Membina Kedamaian dalam Era Pandemik COVID-19

5 Jun 2020 - e-Motivasi: Kawalan Kendiri Memutuskan Rantaian COVID-19

5 Jun 2020 - e-Rencana: Mengalami Anxiety Semasa PKP Akibat COVID-19?

3 Jun 2020 - e-Rencana: Normal Baharu: Apakah akan berlaku kepada atlit sukan selepas PKP berakhir?

3 Jun 2020 - e-Rencana: Bangunkan Semula Industri Rumpai Laut Negara

1 Jun 2020 - e-Rencana: Fasa Norma-Normal

31 Mei 2020 - e-Rencana: Menjayakan Hari Tanpa Tembakau Sedunia

23 Mei 2020 - e-Rencana Khas: Norma Baharu Semasa Ramadhan dan Eid Fitri 1441Hijrah

23 Mei 2020 - e-Rencana Khas: PKP Menjelang Raya, Kaamatan dan Gawai

22 Mei 2020 - e-Rencana: Bahan Utama Pembuat Roti

22 Mei 2020 - e-Rencana: Terapi Jati Diri Menerusi Aktiviti Seni Bela Diri

22 Mei 2020 - e-Rencana: Pandemik COVID-19 Dalam Konteks OKU

20 Mei 2020 - e-Motivasi: Kekal Berhubung Dengan Ibu Bapa Walau Dari Kejauhan

20 Mei 2020 - e-Rencana: Ruang Refleksi Kreativiti Usahawan

18 Mei 2020 - e-Rencana: “Alah Bisa Tegal Biasa”: Ekosistem Baharu, Pengajaran dan Pembelajaran Baharu

18 Mei 2020 - e-Motivasi: PKP: Kesempatan Yang Indah

18 Mei 2020 - e-Rencana: Lesu Upaya (Burnout)

15 Mei 2020 - e-Rencana: Kaedah Bersukan Yang Selamat

15 Mei 2020 - e-Rencana: Kurangkan Kebergantungan Terhadap Bekalan Beras Import Menerusi Kaedah Alternatif Penanaman Padi

15 Mei 2020 - e-Motivasi: Covid-19: Ibrah dan Rahmat

13 Mei 2020 - e-Motivasi: Bersama Kerajaan Tangani Pandemik Covid-19

13 Mei 2020 - e-Motivasi: Toleransi Sosial Jayakan Strategi PKP

13 Mei 2020 - e-Motivasi: 24 Kekuatan Karakter Menghadapi COVID-19

11 Mei 2020 - e-Rencana: Perkasa Pertahanan Sempadan Negara Pasca COVID-19

11 Mei 2020 - e-Rencana: Pengajaran Dari Pengkarya Agung Sewaktu Dalam Penjara

11 Mei 2020 - e-Rencana: Pelihara Keghairahan Harmoni, Elak Keghairahan Obsesif Sewaktu Bekerja Dalam Tempoh PKP

8 Mei 2020 - e-Motivasi: Institusi Masjid Laksana Fungsi Dalam Talian

8 Mei 2020 - e-Rencana: Sihat dan Seronok Duduk Di Rumah

8 Mei 2020 - e-Rencana: Teknik Menghasilkan Manik Tanah Liat Polimer

6 Mei 2020 - e-Rencana Ekonomi Dibuka, Wabak Dibendung

6 Mei 2020 - e-Motivasi: Ketahanan Kendiri Perisai Kesejahteraan Diri

6 Mei 2020 - e-Motivasi: Pandemik Covid-19 Latih Mental Menjadi Kuat

4 Mei 2020 - e-Motivasi Serap Tekanan Covid-19

4 Mei 2020 - e-Motivasi: Hargai Kerjaya Barisan Hadapan

4 Mei 2020 - e-Motivasi: PKP Hadirkan Peluang Tingkat Kemahiran PdP Dalam Talian

1 Mei 2020 - e-Rencana: TM IS OK ~ Tips Menghasilkan Penulisan Popular