Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Penerbit UMS (PUMS) mengalu-alukan kakitangan UMS yang berminat untuk menyertai PUMS sebagai Penyunting Bebas dan Pereka Grafik Bebas.

 

Kriteria utama untuk calon-calon yang ingin memohon adalah seperti berikut:

 

PENYUNTING BEBAS

  • Mempunyai kemahiran menyunting naskhah dalam pelbagai genre penerbitan.
  • Mempunyai idea, kreativiti, dan pengalaman luas dalam bidang penyuntingan.

 

PEREKA GRAFIK BEBAS

  • Mempunyai kemahiran dalam menggunakan perisian perekaan buku.
  • Mempunyai idea, kreativiti, dan pengalaman luas dalam bidang perekaan. 

 

Jika YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan berminat, sila kemukakan resume ke e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau boleh berhubung dengan Puan Ainun Jamil untuk sebarang pertanyaan di talian 013-8711716.

 

Perhatian dan kerjasama YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Marin Borneo

 

Salam sejahtera,

Makluman penutupan sementara Akuarium dan Muzium Marin bagi aktiviti lawatan pada 9 - 11 OGOS 2024 (JUMAAT - AHAD) kerana penglibatan kakitangan dengan pameran di luar kampus.

 

Tarikh tutup:

9 - 11 OGOS 2024 (JUMAAT - AHAD) 

 

Tarikh dibuka semula:

13 OGOS 2024 (SELASA)

 

Sekiranya memerlukan maklumat lanjut, boleh berhubung dengan pihak kami di talian 088-320000 samb. 213305 (Kaunter Tiket) dan lawati Laman Facebook https://www.facebook.com/UMSAkuarium/