Pengumuman Daripada: Fakulti Pengajian Islam

 

YBhg. Prof. Datuk/ Prof/Dr./Tuan/Puan 
 
JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR I'LAJ SYAR'IE DAN PENDEKATAN PSIKOSPIRITUAL ISLAM DALAM KESIHATAN MENTAL
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
02.       Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM dengan kerjasama Fakulti Pengajian Islam (FIS) dan Jabatan Perpustakaan UMS akan mengadakan seminar tersebut di atas seperti dalam maklumat berikut:
 
Tarikh
: 5 Julai 2024 (Jumaat)
Masa
: 9.00 Pagi – 11.30 Pagi
Tempat
: Dewan Auditorium Mat Salleh, Perpustakaan (Terhad 50 orang)
  Dalam Talian (Pautan: https://tinyurl.com/hhskn55z)
 
03.       Sehubungan itu, pihak kami menjemput YBhg. Prof. Datuk/ Prof/Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri seminar tersebut secara fizikal (terhad 50 orang sahaja) dan secara dalam talian. Bersama ini disertakan borang pendaftaran dalam talian ( https://forms.office.com/r/Ngg6K2GXav) untuk sijil kehadiran dan permohonan mata MyIDP. Bagi maklumat lanjut, pihak tuan bolehlah menghubungi Ustaz Md Razali Saibin di talian 013-543 0833.
 
Kerjasama dan pertimbangan tuan dalam menjayakan program ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
Wassalam.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

 

🕌 SOLAT HAJAT & KULIAH MAGHRIB KHAS 🕌
 
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
 
Bersempena dengan peperiksaan akhir bagi semester 2 sesi 2023/2024, Pusat Islam UMS dengan kerjasama Kelab Rakan Masjid, Majlis Perwakilan Pelajar serta Kolej-kolej Kediaman UMS akan mengadakan Solat Hajat dan Kuliah Maghrib Khas yang akan disampaikan oleh Bro Lim Jooi Soon, CEO Interactive Dakwah & Tarbiyah.
 
 Berikut adalah ketetapan program :
📆 Tarikh : 4 Julai 2024 (Khamis)
📍Tempat : Masjid Universiti Malaysia Sabah
⏰ Masa : 6.00 Petang
 
Jom seluruh warga dan mahasiswa/wi UMS azam untuk sama-sama hadir bagi memeriahkan lagi program ini.
 
Jamuan turut disediakan! 🍛
Jumpa anda disana!✨
 
💬Sebarang pertanyaan boleh hubungi
En. Malik - 016-8264760
Ust Yusri - 011-37341337
 
#FastabiqulKhairat
#KelabRakanMasjidUMS

 

Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH)

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,
 
Tuan-tuan dan puan-puan,
 
Pihak Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH) menjemput tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 13 Julai 2024 (Sabtu)
 
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari (Secara dalam talian)
 
Bagi yang berminat boleh mengimbas QR Kod yang dilampirkan atau mengisi borang di pautan yang disediakan.
 
Pautan Borang Pendaftaran Kursus Latihan Pengendali Makanan SLPM UMS 2024: 
 
Sekian, terima kasih.