Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.   
 
🎪|PROGRAM MINGGU KEUSAHAWANAN DI PERPUSTAKAAN UMS|🎪  
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Rakan Pustaka (KRP) akan menganjurkan Program Minggu Keushawanan. Program ini merupakan satu platform kepada mahasiswa untuk membudayakan bidang keusahawanan dalam diri mahasiswa.                     
 
🗓️Tarikh: 6 Mei 2024 (Isnin) hingga 11 Mei 2024 (Sabtu)   
⏰ Masa: 11:00am - 7:00 malam 
📍Tempat: Tempat Letak Kereta, Perpustakaan UMS
 
Pelbagai aktiviti yang menarik yang menanti antaranya:                                
🎥Penghasilan video                              
🎁Lucky Draw                                         
⚖️IQ Battle                                               
🔍Puzzle Contest                                   
📸Pertandingan Fotografi            
 
Jom sertai kami                                  
 
Sekian Terima Kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pejabat Penasihat Undang-Undang

 

YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
JEMPUTAN MENGHADIRI WEBINAR ETIKA DALAM DUNIA AKADEMIK: PLAGIARISME
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPUU) UMS dengan kerjasama Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat (BKePT) Jabatan Pendaftar menjemput pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, menghadiri webinar di atas pada ketetapan seperti berikut:
 
Tarikh        : 15 Mei 2024 (Rabu)
Masa        : 9.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat       : Secara Dalam Talian (Webex)
Penceramah  : YBrs. Dr. Khairul Anuar Bin Che Azmi, Penasihat Undang-Undang
                 Universiti Sains Malaysia
 
3.    Sehubungan itu, mohon pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk membuat hebahan webinar ini kepada semua kakitangan di bawah seliaan YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan.
 
4.    Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan En. Mohd. Nazif bin Yaakub di talian 014-8703170 atau di alamat e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Perhatian dan kehadiran pihak YBhg. Prof. Datuk/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

 

Mari terokai kebaikan minyak sawit merah Malaysia!

Minyak sawit merah kaya dengan pro-vitamin A & vitamin E (tokotrienol).  Amalkan pengambilan minyak sawit merah mengikut piramid makanan Malaysia.

Maklumat pemakanan di atas adalah garis panduan umum. Sila rujuk ahli pemakanan & ahli dietetik berdaftar untuk nasihat pemakanan individu.

#NNM2024UMS

#fsmpums

#nutrition

#nutriclub