Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf

 

 

Assalamualaikum,
 
Untuk makluman, Rawja Archery merangka sebuah acara CABARAN PEMANAH ULUNG BORNEO 2024 yang akan berlangsung pada 1-2 Jun 2024 di Arena Memanah Tradisional UMS, Pantai UMS. Gerak kerja pelaksanaan sedang diperincikan. Tujuan hebahan awal ini supaya tiada acara memanah lain yang akan dibuat pada tarikh tersebut dan pemanah-pemanah dari Semenanjung dapat merancang untuk pembelian awal tiket penerbangan. Mohon dimajukan untuk hebahan warga UMS dengan harapan ada warga UMS yang turut serta mengambil bahagian dalam acara julung kali diadakan ini.
 
Bersama ini dimajukan flyers terkini 2024 untuk aktiviti di Arena Memanah Tradisional UMS, Pantai UMS. Mohon hebahan kepada seluruh warga UMS untuk mengambil manfaat pada aktiviti-aktiviti yang diaturkan di Arena Memanah Tradisional UMS untuk 2024. Semoga bermanfaat. Insya-Allah. 
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf

 

Pusat Pelaburan, Endowmen Dan Wakaf (CIEW) menasihatkan kepada semua Pusat Tanggungjawab untuk mematuhi panduan pelantikan penyewa dan pelanjutan kontrak penyewa bagi sewaan ruang dan kemudahan di Pusat Tanggungjawab, Universiti Malaysia Sabah bermula 4 Januari 2024 (Khamis).

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Encik Mohd. Rizuan Jamri (King) di talian 012-873 2321/ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Encik Akmal Hazwan Rozami di talian 017-896 4740/ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.