Pengumuman Daripada: Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan

 

Assalamualaikum/salam sejahtera

 
YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.  Sukacita dimaklumkan bahawa United Overseas Bank Malaysia (UOB) akan mengadakan sesi perkongsian “Scam Awareness Talk and U@Work” pada ketetapan seperti berikut:
 
Tarikh     :  17 Oktober 2023 (Selasa)
Masa      : 9.30 pagi - 11.00 pagi
Tempat    :  Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan
 
3.  Sesi  perkongsian ini bertujuan untuk memberi penjelasan berkaitan kesedaran kewangan dan tips keselamatan akaun bank. Penyertaan adalah terbuka kepada semua staf UMS dan hadiah istimewa “doorgift” akan diberikan kepada kakitangan yang hadir.
 
4.  Sehubungan itu, semua kakitangan adalah dijemput untuk hadir bagi menyokong program ini.
 
Perhatian dan kerjasama pihak YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amatlah diharrgai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 

Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam 

 

Assalamualaikum WBT

YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Kaunter Zakat Pusat Islam UMS kini dibuka:
 
Tarikh : Setiap Hari Isnin - Jumaat
Masa : 9.00 Pagi - 3.00 Petang
Tempat : Pusat Islam UMS
 
Perkhidmatan disediakan:-
 
✅ Kutipan Zakat (Pendapatan/Penggajian/Emas/Perniagaan/Dll)
✅ Semakan dan taksiran zakat Penggajian
✅ Perundingan dan khidmat nasihat berkaitan zakat
 
وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
 
“Dan tunaikanlah solat dan laksanakanlah zakat; serta taatilah Rasul; nescaya kamu beroleh rahmat”.
 
(Surah An-Nur 24:56)
 
Puan Noorisah Taljid
📞0132855378
Puan Kartini Mail @ Ismail
📞 0198042698
Sektor Pendidikan dan Zakat, PIUMS
 
#jomberzakat
#umsleadingtowardsinnovativesocieties
#UMSShare