Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  
 
YBhg. Dato’/Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan,  
 
Dimaklumkan bahawa tempoh menjawab Sistem Profiling Digital Kesihatan Psikologi Pegawai Perkhidmatan Awam (MyPsyD) telah dilanjutkan sehingga 31 Mei 2025. Pencapaian sekurang-kurangnya 95% adalah diwajibkan oleh JPA, dan pihak JPA akan memantau peratusan secara mingguan.  
 
Sehubungan itu, semua pegawai yang belum menjawab dimohon untuk melengkapkan MyPsyD melalui pautan https://mypsyd.jpa.gov.my sebelum tarikh akhir.
 
Kerjasama anda amat dihargai. Sebarang isu berkaitan ID dan Kata Laluan HRMIS sila berhubung dengan Cik Nurul (01133695413) atau Cik Rafida (01125274651).
 
Sekian, terima kasih

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

Penghantaran Laporan Pemantauan Bilangan 1 Tahun 2025 telah dilaksanakan bermula 21 Mac sehingga 6 Mei 2025 bagi program/projek penyelidikan yang merangkumi skim geran penyelidikan seperti berikut : 
 
  1. Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2020 sehingga Fasa 1/2023
  2. Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2022 hingga Fasa 1/2023 
  3. Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) Fasa 1/2019 hingga Fasa 1/2020 
 
Laporan Prestasi/Akhir bagi kitaran pemantauan Bilangan 1 Tahun 2025 (Data Pencapaian sehingga 31 Disember 2024) hendaklah disediakan  secara manual memandangkan Sistem MyGRANTS masih belum boleh diakses. Borang Pemantauan Manual telah dipanjangkan kepada Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) masing-masing. 
 
Sehubungan dengan itu, mohon tindakan untuk menghantar Borang Pemantauan Manual berkenaan ke Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) melalui emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. SEBELUM ATAU PADA 6 MEI 2025
 
Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bolehlah terus berhubung dengan Puan Rohani Hadi (No. Telefon : 016-8032554) atau Encik Afendih Bin Ambrih (No.Telefon : 013-8216167) 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Assalamualaikum/Salam Sejahtera, 
 
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan, 
 
Sukacita dimaklumkan bahawa borang e-LNPT akademik dan pentadbiran bagi tahun penilaian 2025 telah dibuka bermula 9 April 2025. Semua kakitangan akademik dan pentadbiran adalah digalakkan untuk membuat pengisian borang e-LNPT tahun penilaian 2025 secara berkala dan berperingkat sebelum 31 Disember 2025 untuk mengelakkan bebanan mengisi pada saat akhir.
 
Borang e-LNPT boleh diakses melalui pautan https://registrar.ums.edu.my/staff/web/site/login  
 
🗓 Tempoh pengisian PYD: sehingga 31 Disember 2025 
 
📍Panduan Pengisian SKT Format Baharu dan Manual Tatacara Pengisian Sistem e-LNPT Pentadbiran https://shorturl.at/nvEI7  
📍Panduan Manual Rujukan LNPT Guru Tahun 2021 (Pindaan 2022) https://shorturl.at/BvGff  
 
Sebarang pertanyaan lanjut; 
Sektor Prestasi dan Psikologi 
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  
0168065272 / 0168446578 / 0128063645

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar

 

Iklan Pengisian Jawatan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah
Surat Hebahan Iklan Pengisian Jawatan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah
Leadership Curriculum Vitae (CV)

 

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) sebuah Universiti Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan yang tersebut di atas.

Sila layari pautan berikut untuk membuat permohonan :
https://tinyurl.com/permohonanjawatanNCUMS

#cekapcepattepat
#UMSTheBrainOfBorneo