Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UMS

1. Berkuatkuasa 2 Januari 2023, Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menggunakan Microsoft 365 sebagai medium utama komunikasi bagi E-mel dan Storan Awan menggantikan Google Workspace Education Fundamental (GWEF) selepas mendapat kelulusan daripada pihak Jawatankuasa Pengurusan Universiti dan mendapat saranan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menggunakan produk microsoft sepenuhnya. Semua Emel bermula pada tarikh berkenaan akan mula diterima melalui akaun Microsoft Outlook (E-Mel) pengguna.

2. Microsoft OneDrive juga akan digunakan menggantikan Google Drive sebagai medium penyimpanan data awan (Cloud Storage) bagi semua warga UMS. Akaun Google Workspace Education Fundamental (Gmail dan Google Drive) sedia ada masih boleh di akses sehingga suatu tempoh masa yang akan dimaklumkan pihak JTMK. 

3. Migrasi Peti E-mel daripada Gmail ke Microsoft Outlook kakitangan akan dilaksanakan oleh pihak JTMK secara berperingkat bermula Dec 2022 dan dijangka sehingga Feb 2023.  

4. Bagi dokumen di dalam Google Drive, migrasi juga akan dilaksanakan secara berperingkat oleh pihak JTMK namun adalah amat digalakan bagi pengguna membuat pemindahan dokumen sendiri ke akaun Microsoft OneDrive.

5. Dilampirkan dokumen rujukan:

A.    Manual Pengguna bagi Microsoft 365 (Outlook dan Onedrive) untuk rujukan.

B.    Dokumen kesan dan skop migrasi Gmail dan Google Drive.

6. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pentadbir Emel Universiti di talian:

1. Mohd Nizar Bin Hamild @ Hamid - PTMK - (103236) Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2. Mohd Redzuan Abdullah - PPTM (103256) - Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
3. Helpdesk JTMK (088-329 000) 

Sila rujuk pautan ini: 

Migrasi Pertukaran Platform E-Mel dan Drive daripada Google Workspace Education Fundamental (Gmail & Google Drive) ke Microsoft 365 (Outlook dan Onedrive)

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar

 

Maklumat lanjut, sila rujuk pautan ini: TAKLIMAT KPT-KUSKOP SISWAPRENEUR (pdf.)

Anda seorang usahawan siswa? mencari modal perniagaan? Baru memulakan perniagaan? Atau anda mahu kembangkan perniagaan anda lebih jauh lagi? Mari dapatkan pembiayaan dari PROGRAM KPT-KUSKOP SISWAPRENEUR.

KPT- KUSKOP SIswapreneur merupakan program yang menawarkan pembiayaan perniagaan mikro kredit secara khusus kepada usahawan pelajar (diploma/prasiswazah/pascasiswazah) di UMS

PEMBENTANGAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Pelajar boleh merekodkan pembentangan rancangan perniagaan dan muatnaik video tersebut di Google Form https://bit.ly/Kptmedacums . Pihak Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP) akan memberi maklum balas kepada pelajar untuk satu sesi temuduga secara atas talian.

TARIKH PENGHANTARAN PERMOHONAN

Permohonan boleh dihantar pada sebelum SETIAP KHAMIS MINGGU KE-3 setiap bulan. Walau bagaimanapun permohonan akan diluluskan berdasarkan keputusan PKPKP dan KPT-KUSKOP

 

Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan dipertimbangkan untuk:

  1. sesi temuduga
  2. kelulusan permohonan

Anjuran KPT-KUSKOP dengan kerjasama TEKUN Nasional.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi;
Dr. Thara - 0134061004/ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
En Ag Nasip - 0198320212/ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan Siti Zaida - 0146743342/ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.