Pengumuman Daripada: Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan (FSQUnit)

Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan (FSQUnit) mempelawa semua yang berminat untuk mengikuti Kursus Eksekutif Halal anjuran Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kursus ini terbuka kepada semua sama ada kakitangan UMS, pelajar dan orang awam.

Jom daftar sekarang! Promosi Sah sehingga September 2022!

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut; https://forms.gle/pE2R4AqAaRAvqcMC7

atau anda juga boleh hubungi nombor yang tertera.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kolaborasi dan Libatsama Industri (PKLI)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Yang Berbahagia Prof., Dr., Tuan, Puan,


Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui Pusat Kolaborasi dan Libatsama Industri (PKLI) UMS mempelawa semua warga Universiti Malaysia Sabah (Pensyarah dan Kumpulan Pengurusan & Profesional) yang berkelayakan untuk menyertai Program Sangkutan CEO@Faculty 2.0 UMS bersama industri selama 6 bulan sepenuh masa.

Sila hantar penyertaan anda dengan mengimbas QR code yang disediakan, pada atau sebelum 14 Ogos 2022 (jam 5.00 petang).

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan En. Mohd Khairuddin Bin Ahmad / En Ardi Sida di talian tertera.

Sekian, terima kasih.