Pengumuman Daripada: U-Science, UMS

Sukacita dimaklumkan bahawa bermula 1 Ogos 2022 U-Science UMS akan dibuka kepada umum termasuk orang luar. Perkara ini selaras dengan objektif U-Science UMS sebagai sebuah pusat STEM di UMS. Waktu perkhidmatan U-Science UMS adalah seperti berikut:

🗓 Hari Beroperasi

➡️ Isnin hingga Jumaat (kecuali Cuti Umum/Hari Kelepasan Am)

➡️ Sabtu dan Ahad - TUTUP

🕰 Waktu Perkhidmatan

➡️ 9:00 pagi - 5:00 petang

 

Jika anda mempunyai sebarang persoalan boleh hubungi kami di talian 088-320 000 Samb. 200808 atau melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Mohon perkara ini diambil maklum dan diwar-warkan kepada semua.

Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP), UMS

Warga kampus yang dihormati sekalian, JPP perlu membuat penutupan bekalan elektrik seperti butiran berikut:

Tarikh: 30 JULAI 2022 (SABTU)

Anggaran Tempoh: 1/2 jam (2:30 - 3:00 petang)

Tujuan: SESB melaksanakan penutupan berjadual di PMU UMS bagi kerja-kerja pemindahan load ke reserve busbar.

Lokasi yang terlibat: Seluruh UMS

Sekiranya terdapat sebarang halangan bagi meneruskan kerja di atas, pihak tuan/puan boleh menghubungi Jurutera Elektrik Kanan, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (Puan Nurul Ain binti Abdullah -013-8791017) atau Penolong Jurutera (E.n Roland Ripah -019-840 9490)

JPP amat menghargai kesabaran anda dan segala kesulitan amatlah dikesali.