Pengumuman Daripada: Fakulti Kejuruteraan, UMS

 

 

MAKLUMAN PENTING!

Pihak kami kini sedang dalam usaha menambahbaik mutu dan prestasi perkhidmatan terhadap pelanggan dari semasa ke semasa. Bagi membantu meningkatkan mutu perkhidmatan kami, diharapkan Tuan/Puan mengisi Kajian Kepuasan Pelanggan dengan mengklik pautan ini:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSecyBWnhY2ZVdGnnUp643SZy0_tF9VmKHgXUH5PIIOZW5tqHA/viewform?usp=pp_url&entry.827648600=FKJ

Kesudian Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Jasa baik YBrs. Prof./Dr./Tuan/ Puan di dalam sokongan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar, UMS

 

 

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

 

YBrs. Prof/Dr/Tuan/Puan

 

Dengan segala hormatnya diundang hadir ke Entrepreneur Talk 2022, Edisi bersama Industri, disampaikan oleh Maybank.

 

Penceramah Jemputan:

Wong Yee Lee @ Elizabeth Losuying

Business Development Manager, Funding

 

Puan Norafizah Basirin

Financial Service Executive

Maybank Cawangan Universiti Malaysia Sabah

 

Tarikh: 22 April 2022 (Jumaat)

Masa: 10:00 pagi

Tempat: Webex di pautan https://bit.ly/ent22apr

 

Mata esijil dan mata SDP dan IDP akan diberikan.

 

Anjuran: Bahagian Keusahawanan, Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar UMS

 

Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UMS

 

Berkuatkuasa 25 April 2022, aktiviti muatnaik bahan/kandungan hebahan (announcement) ke e-mel dan laman rasmi UMS akan berpusat di Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat (PPSKK).

 

Permohonan hebahan di e-mel staf dan pelajar boleh dibuat dengan menghantar e-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dengan melengkapkan maklumat-maklumat di bawah:

1. Tajuk hebahan

2. Pengumuman/Ucapan Daripada: (JAFPIB, dll)

3. Sasaran (Pelajar/Staf Pentadbiran/Staf Akademik/Umum)

4. Teks hebahan

5. Lampiran (mohon rename nama fail yang dilampirkan kepada nama yang bersesuaian)

 

Untuk sebarang kemusykilan, mohon hubungi En. Che Hasruddin Che Hasan, Pegawai Penerbitan Kanan (N44) (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) untuk maklumat lanjut.

 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS

 

 

Tarikh : 22 April 2022 (Jumaat)

Masa : 2.00 - 3.00 petang

Secara dalam talian : Webex (shorturl.at/aeqIQ)

 

Semua kakitangan UMS adalah diundang untuk hadir ke sesi taklimat ini secara dalam talian. Perhatian pihak tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sebarang pertanyaan lanjut:

Unit Cuti dan Kehadiran, Seksyen Perkhidmatan

💻📨 e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

🌶️📲 Hotline BSM: https://wa.me/6088329068

 

Tarikh dikeluarkan: 19 April 2022