Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan, UMS

 

 

YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Adalah dimaklumkan bahawa, PPP sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan.

 

2. Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan di pautan berikut:

 

https://tinyurl.com/y74m5efz

 

3. Pandangan YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami hargai bagi membantu dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kami secara berterusan. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam mengisi dan menjadi responden kajian kepuasan pelanggan ini.

 

Sekian dan terima kasih.

 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, UMS

 

 

YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Sukacita dimaklumkan YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan, permohonan untuk mengikuti Program Transformasi Minda (PTM) UMS Siri 1/2022 telah dibuka manakala tarikh, masa dan kaedah kursus akan dimaklumkan kemudian oleh pihak urusetia.

 

  1. Adalah dimaklumkan bahawa Program Transformasi Minda (PTM) adalah satu daripada syarat WAJIB pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi. Kakitangan yang disyaratkan mengikuti PTM adalah:

                    Bagi kakitangan sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain boleh memohon pengecualian daripada                                    menghadiri PTM dengan syarat (salinan sijil wajib diberikan kepada pihak urusetia):

                        (a) Telah Hadir dengan jaya PTM ; atau

                        (b) Telah Hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum ; atau

                        (c) Lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu

 

  1. Permohonan mengikuti Program Transformasi Minda (PTM) Bil. 2/2022 adalah melalui pautan https://bit.ly/33ouJSd tarikh tutup permohonan pada 11 Mac 2022. Mohon lengkapkan borang permohonan Program Transformasi Minda sebelum atau pada 11 Mac 2022. Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan urusetia kursus, Puan Delveja Jakin melalui emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / 088-320000 sambungan: 102892 / 012-6604110.

 

Perhatian dan kerjasama YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan, UMS

 

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) ingin mengucapkan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Bagi tujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan, pihak kami memohon maklumbalas daripada YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk melengkapkan soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui imbasan kod QR di poster atau pautan yang berikut;


https://tinyurl.com/PPIP-KP


Terima kasih.

 

Segala perhatian dan tindakan tuan/puan berhubung perkara ini diucapkan terima kasih.