Pengumuman Daripada: Pusat Alumni, UMS

 

 

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Jaringan Alumni (ANC), Universiti Teknologi Mara (UiTM) ingin menjejaki alumni ITM/UITM yang bekerja di setiap Universiti Awam (UA) untuk mendaftar di MyAlumni UiTM.

 

Sehubungan itu, kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang merupakan alumni ITM/UITM adalah dimohon untuk mendaftar  melalui pautan dan QR Code pendaftaran MyAlumni UiTM.

 

Pautan : https://alumniuitm.uitm.edu.my/

Panduan dan langkah-langkah untuk mendaftar di MyAlumni boleh merujuk pada pautan ini https://alumni.uitm.edu.my/images/Downloads/PANDUAN_PENDAFTARAN_MYALUMNI.pdf

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar, UMS

 

 

🗓️ : 27 Januari 2022 (Khamis)

⏰ : 2.30 petang

📲🖥️💻 : Secara atas talian melalui Webex UMS (shorturl.at/rtDX5)

🗣️: Lt. Kolonel Abdul Talib Bin Arifin, Ketua Bahagian Keselamatan, UMS

 

Kehadiran pihak YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan ke program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

✅ Terbuka kepada semua kakitangan UMS

✅ Mata IDP akan diberikan

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi Dan Pengkomersialan, UMS

 

 

PEMAKLUMAN:

 

PEMBUKAAN PERMOHONAN PROJEK PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK 2.0 (PPRN) BAGI TAHUN 2022

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah  mengumumkan pembukaan permohonan geran pada 14 Januari 2022. Sehubungan itu, penyelidik UMS yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan geran tersebut.

 

Pemohon adalah dipohon untuk mengambil perhatian dan mematuhi tarikh-tarikh penting permohonan seperti berikut:

 

Tempoh Permohonan Projek PPRN 2.0

:

14 – 28 Jan 2022

Tarikh Akhir Penghantaran Kertas Cadangan Softcopy/Hardcopy ke PPIP (perlu dapatkan pengesahan Dekan/TD P&I FAIP)

:

28 Jan 2022

(jam 4.00 petang)

Saringan dan Semakan Peringkat PPIP

:

29 - 31 Jan 2022

Tempoh Permohonan dalam Sistem PPRN

:

01 - 06 Feb 2022

Tempoh Penilaian Dalaman

:

07 - 11 Feb 2022

Tempoh Penambahbaikan

:

12 - 13 Feb 2022

Tarikh Akhir Pengesahan pihak PPIP

:

14 Feb 2022

 

Dilampirkan bersama ini, pautan Google Drive: https://tinyurl.com/pprnums, yang merangkumi Garis Panduan PPRN, Borang Permohonan, Slaid Taklimat PPRN 2022, Slaid Penggunaan Sistem epprn, dan Rakaman Video Taklimat untuk makluman dan rujukan lanjut di pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan.

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai berikut:

 

Prof. Madya Dr. Jidon @ Adrian Janaun (samb. 100942, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

Pn. Aqilah Afendy (samb: 120834, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

Pn. Marliana John (samb: 101861, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)