Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS

 

Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.

 

  1. Adalah dimaklumkan kepada pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, Sektor Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar akan menganjurkan Program Kesedaran Pelaksanaan Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi Siri 3/2021 yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

 

Tajuk : Succession Planning and Training Development - CBTM

Tarikh : 6 Disember 2021 (Isnin)

Masa : 2.30 petang

Kaedah : Secara atas talian melalui Webex UMS (https://bit.ly/2ZAb0wP)

Penceramah : Prof. Dr. Zuraidah Mohd Sanusi, Pengarah, Pusat Pembangunan Kepimpinan Institusi, Universiti Teknologi Mara (UiTM)

 

  1. Sehubungan itu, pihak kami ingin menjemput pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri program tersebut. Mata IDP akan diberikan kepada kakitangan yang hadir.

 

Segala kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr/Tuan/Puan ke program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

*Terbuka kepada semua Kakitangan UMS

*Mata IDP akan diberikan

 

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan Dan Kecemerlangan Akademik, UMS

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Prof. /Prof. Madya Dr./ Dr. / Tuan /Puan

 

Jemputan menghadiri PPKA TALK SERIES 11 Ensuring Validity and Reliability in Assessment

 

Tarikh: 3 Disember 2021 (Jumaat)

Masa: 9:00 Pagi - 11.30 Pagi

Pautan: https://rb.gy/mdctad

 

✅ Semua ahli akademik dijemput hadir

✅Mata IDP akan diberikan

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Data dan Maklumat, UMS

 

 

Dimaklumkan bahawa pihak PPDM akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan pelayan sistem Data Warehouse UMS dan Shields UMS pada ketetapan berikut:

 

Tarikh: 3 Disember 2021 (Jumaat)

Masa: 3.00 petang hingga 5.00 petang

 

Sepanjang tempoh kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan, sistem akan mengalami gangguan sementara.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.