Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

 

Yg. Bhg. Prof./ Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Hospital UMS kini menawarkan penjualan kit ujian kendiri COVID-19 seperti berikut:

1. Kit Ujian Kendiri COVID-19 sahaja (RM19.90)

2. Kit Ujian Kendiri COVID-19 dan Laporan Pengesahan Pegawai Perubatan (RM30.00)

3. Laporan Pengesahan Pegawai Perubatan sahaja (RM15.00)

 

Untuk sebarang pertanyaan dan urusan, sila hubungi talian di bawah:

 

Orang awam - 088 435 281

Warga UMS/Pelajar - 088 329 054

 

Sekian, terima kasih.

 

 

 

 

Pengumuman Daripada: Sektor Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS

 

 

Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan kepada pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, Sektor Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar akan menganjurkan Program Kesedaran Pelaksanaan Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi yang akan diadakan pada ketetapan berikut

 

Tajuk : Organizational Performance & Productivity - Competency Based Talent Management (CBTM)

Tarikh : 26 November 2021 (Jumaat)

Masa : 8.30 pagi – 10.30 pagi

Kaedah : Secara dalam talian melalui Webex UMS (https://bit.ly/3bXLpAG)

Penceramah : Prof. Madya Dr. Ismie Roha Bt. Mohamed Jaid, Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA

 

3. Sehubungan itu, pihak kami ingin menjemput pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri program tersebut. Mata IDP akan diberikan kepada kakitangan yang hadir.

Segala kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr/Tuan/Puan  ke program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

*Terbuka kepada semua Kakitangan UMS

 

*Mata IDP akan diberikan

 

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS

 

 

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Universiti Malaysia Sabah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat ke jawatan :

 

PROFESOR GRED KHAS C (VK7)

BIL

NAMA

JAFPIB HAKIKI

TARIKH KUATKUASA

1

PROFESOR DR. JUMAT BIN SULAIMAN

FAKULTI SAINS DAN SUMBER ALAM

1 NOVEMBER 2021

2

PROFESOR DR. SABARIAH BTE SHARIF

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

1 NOVEMBER 2021