- Jumlah paparan: 3607
Pekeliling Naib Canselor Bil. 1/2021: Pematuhan Prosedur Operasi Standard Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Dan Pelan Pemulihan Negara
Pengumuman Daripada: Naib Canselor, UMS
Pengumuman Daripada: Naib Canselor, UMS
Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan, UMS
Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan, UMS
[HEBAHAN]: [NUOF] ASEAN VACCINE DEVELOPMENT AND MANUFACTURING
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa British High Commission Kuala Lumpur telah memanjangkan jemputan pelawaan kepada penyelidik Malaysia untuk menghantar penyataan minat / Expression of Interest (EoI) bagi Projek Penyelidikan Pembangunan dan Pembuatan Vaksin ASEAN 2021 - 2022, untuk menyokong tindak balas ASEAN terhadap pandemik Covid-19. Penerangan lanjut berkaitan permohonan ini, garis panduan dan dokumen permohonan boleh didapati di pautan https://www.gov.uk/government/news/call-for-expression-of-interest-supporting-covid-19-response-in-asean.
3. Setiap individu yang berminat perlu melengkapkan borang permohonan seperti di laman web di atas dan mengemukakan borang tersebut berserta dokumen berkaitan yang lengkap kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 14 Julai 2021 (Rabu), 11:59 malam (waktu Malaysia).
Segala jasa baik dan kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr. berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS
"In Campus Student Only"
Please click for procedure http://bit.ly/RequestCollectGo
Kindly forward your request using http://bit.ly/BookLoanServiceRequestCollectGo
or scan the QR code
We will inform you when the books are ready for collection
Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan, UMS
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan e-mel sebelum ini kepada pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan adalah berkaitan.
Sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran bagi webinar ini masih dibuka sehingga 12 Julai 2021 (untuk pendaftaran sesi 15/7/2021) dan masih dibuka untuk sesi 23/7/2021. Sehubungan itu, pihak kami mengalu-alukan penyertaan YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan dan para pegawai di bawah tanggungjawab YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan termasuk penyelidik dan pegawai dari pusat pengurusan penyelidikan untuk menyertai sesi webinar ini pada ketetapan berikut:
Tarikh : 15 Julai 2021 (Khamis) & 23 Julai 2021 (Jumaat)
**(Peserta boleh memilih salah satu tarikh, agenda yang sama untuk kedua-dua sesi)
Masa : 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Kaedah : Dalam talian melalui Aplikasi Zoom dan WebinarJam
(pautan akan diberi sebelum sesi webinar setelah pendaftaran dengan e-mel yang sah dan wujud berjaya diterima)
Pautan pendaftaran : https://forms.gle/AthyWhB17NNx1QCA8
Segala sokongan dan penyertaan daripada pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Terma Pengguna | Penafian | Dasar Privasi | Polisi Keselamatan | Dasar Hak Cipta | Paparan Terbaik 1366x768