Pengumuman Daripada: Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat

 

Pihak PKLM amat mengalu-alukan komen dan cadangan semua warga UMS dan komuniti  mengenai penyampaian perkhidmatan PKLM dengan mengisi KKP yang disediakan di pautan https://bit.ly/KajiankepuasanpelangganPKLM atau imbas kod QR yang disediakan.  
 
Kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami harapkan bagi menambah baik mutu perkhidmatan PKLM.  
 
Kesudian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi KKP ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.  
 
Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

𝐆𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐑. 𝐑𝐀𝐍𝐉𝐄𝐄𝐓 𝐁𝐇𝐀𝐆𝐖𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐍𝐆𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟓


Panggilan kepada semua saintis muda dalam bidang perubatan dan bioperubatan!
 
Adakah anda:
📌 Warganegara Malaysia yang sedang menetap di Malaysia?
📌 Berusia 40 tahun dan ke bawah?
📌 Memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda?
📌 Bekerja di Malaysia di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam atau swasta, atau di Institut Penyelidikan (RI)?
 
Jika ya, kami ada berita baik untuk anda!
 
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Akademi Sains Malaysia (ASM) menjemput anda untuk memohon Geran Penyelidikan RBS 2025. Geran berprestij ini menawarkan jumlah sehingga RM50,000 untuk menyokong penyelidikan anda.
 
Jangan lepaskan peluang ini! Hantar permohonan anda sekarang di www.akademisains.gov.my/2025-rbs/ sebelum 25 Februari 2025.
 
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

Garis Panduan SEAMEO SEPS Research Grant Project (SEPS RGP) Tahun 2024/2025

HEBAHAN BAGI SEAMEO SEPS RESEARCH GRANT PROJECT (SEPS RGP) TAHUN 2024/2025

 
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Prof. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormat, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.    The Southeast Asian Ministers of Education Organization Regional Centre for Sufficiency Economy Philosophy for Sustainability (SEAMEO SEPS) telah membuka permohonan kertas cadangan bagi SEAMEO SEPS Research Grant Project (SEPS RGP) tahun 2024/2025. Borang permohonan wajib dihantar melalui e-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewat-lewatnya pada 28 Februari 2025. Mohon rujuk GARIS PANDUAN yang dilampirkan.
 
Sekian, terima kasih.

 

Announcement From: Faculty of Engineering

 

Exciting News! The Sustainable Engineering Journal (SUSTEN) is now accepting submissions for the upcoming issue. Don't miss this opportunity to contribute and submit your paper at this link, and be part of this exciting new initiative to advance sustainable engineering research and practice.

 

SUSTEN submission link:  https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/SE/about/submissions

Submission deadline: 15 February 2025.