PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT PENGAJIAN PASCASISWAZAH
SUBJEK : PENAWARAN PROGRAM PASCASISWAZAH AMBILAN BULAN OGOS 2019
 
PERMOHONAN KEMASUKAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH
 
 
 
HOW TO APPLY
1. Step 1 :  Log in to http://mohon.ums.edu.my/pasca/
2. Step 2 :  Create new account
3. Step 3 :  Login Applicant & Create new application
4. Step 4 :  Pay application fee online
5. Step 5 :  Complete Information and upload required documents
6. Step 6 :  Verify and submit application through declaration
 

PENGUMUMAN DARIPADA : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK : PELAWAAN BAGI PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN BIL. 2/2019
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pendaftar mempelawa kakitangan berstatus tetap yang belum disahkan dalam jawatan dan telah memenuhi kriteria Pengesahan Dalam Perkhidmatan dengan mengisi borang permohonan melalui http://www.ums.edu.my/pendaftar/V3/index.php/en/easyaccess/borang-borang
 
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pendaftar selewat-lewatnya atau pada 12 April 2019 (Jumaat).
 
Sekian, terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT PENGURUSAN ECOCAMPUS
SUBJEK : PROGRAM ZERO PLASTIC HERO
 
Program anjuran bersama Young Leaders For Sustainability, YL4S (di bawah MELAPI, Society for Holistic Outreach, Research and Environmental Action ~ sebuah NGO) dan Pusat Pengurusan EcoCampus, UMS yang mensasarkan para pengusaha kafeteria/gerai makanan Kampus UMS Induk, Kota Kinabalu bertujuan untuk menerapkan nilai dan semangat kampus dan gaya hidup hijau di kalangan para pengusaha kafeteria/gerai makanan UMS dalam urusan perniagaan seharian dalam kampus, khususnya berkaitan dengan penolakan penggunaan penyedut minuman plastik. Program ini bertepatan dengan nilai dan penjenamaan UMS sebagai sebuah EcoCampus yang sentiasa beriltizam mengecapi perubahan minda ke arah minda hijau baik di kalangan warga UMS mahupun para pemegang taruh.