PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN BENDAHARI, UMS

SUBJEK: BORANG EC TAHUN 2017

 
Y.Brs Prof/Dr/Datuk/Datin/Tuan/Puan
Borang EC tahun 2017 telah dimuat naik dalam Portal Staff UMS dan boleh dicapai melalui alamat http://staff.ums.edu.my  seperti berikut:
Nama pengguna  : nombor kad pengenalan atau pasport
Kata laluan           :  sama seperti emel UMS.
 
Sebarang pertanyaan berkaitan borang EC 2017 bolehlah berhubung melalui alamat emel :  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Sekian, terima kasih
 

PENGUMUMAN DARIPADA :SEKSYEN PENGURUSAN INOVASI PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI

SUBJEK : JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN CABARAN INOVASI INKLUSIF 2018 BAGI ZON SABAH

 
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) akan menganjurkan Pertandingan Cabaran Inovasi Inklusif (I²) 2016 di Zon Sabah setelah mendapat maklumbalas positif dan impak yang baik dalam penganjurannya pada tahun 2017.
 
Untuk makluman YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai idea kreatif dan inovatif yang mampu menyelesaikan masalah secara inklusif samada dari aspek kepenggunaan, kesihatan, produktiviti dan pendidikan yang sering dihadapi oleh komuniti di kawasan berkenaan.
 
Sehubungan itu, pihak YIM berbesar hati untuk menjemput mereka yang berkelayakan bagi menyertai pertandingan ini yang akan berlangsung mengikut butiran seperti berikut:
 
Tarikh tutup pertandingan       : 12 Mac 2018 ( Isnin)
Tarikh pertandingan                : 20 Mac 2018 (Selasa)
Masa                                        : 9.00 pagi-4.00 petang
Tempat                                    : Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah (UPEN), Wisma SEDIA Kota Kinabalu Sabah
 
Penyertaan boleh didaftar melalui aplikasi innomap diwww.cabaraninovasi2018.innomap.my. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pertandingan ini, boleh terus berhubung dengan Sekretariat YIM di talian 03-8996 1714.
 
Sekian, terima kasih.
 
 
 
 
 

Pengumuman Daripada: Kelab Mandarin UMS
Subjek: Chinese Orchestra Concert 2018 ---- "Cheng Yue"
 
UMS Chinese Orchestra Concert 2018 ---- “Cheng Yue” 
Good day everybody! Mandarin Club of UMS is going to organize Chinese Orchestra Concert 2018 ---- “Cheng Yue” on 25th March 2018 (Sunday) at Dewan Resital UMS, from 7pm till 10pm. The name of the concert “Cheng Yue” means music being carried on perpetually. This event inculcates the spirit of traditional Chinese music and introduces Chinese culture to the public including non-Chinese races. Tickets of the concert can be purchased at Library Foyer starting from 9th March 2018 (Friday) except every Saturday and Sunday until 23rd March 2018 (Friday). The prices of the tickets are: (Early bird price for UMS students, until 17th Mac 2018) RM10, (after 23rd March 2018) RM15 for UMS students, RM30 for public, RM60 for VIPs. SDP points will be given to all participants. We look forward to seeing support for UMS Chinese Orchestra Concert 2018 ---- “Cheng Yue” from all parties.
 

PENGUMUMAN DARIPADA: BAHAGIAN PERKHIDMATAN AKADEMIK

SUBJEK: PEMAKLUMAN TARIKH MAJLIS KONVOKESYEN UMS KE-20 TAHUN 2018

 
PEMAKLUMAN TARIKH MAJLIS KONVOKESYEN UMS KE-20 TAHUN 2018
Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) Ke-20 Tahun 2018 akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 24hb., 25hb. dan 26hb. November 2018 
(bersamaan dengan hari Sabtu, Ahad & Isnin)
Tempat : Dewan Canselor, UMS