Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari
Subjek: Makluman Peralihan Kepada Sistem Maklumat Bersepadu Universiti (SMBU)-Kewangan Bagi Universiti Malaysia Sabah
 
Sukacita dimaklumkan kepada seluruh warga Universiti Malaysia Sabah (UMS), selaras dengan transformasi ke arah Universiti Industri 4.0, maka UMS sedang membangunkan Sistem Maklumat Bersepadu Universiti (SMBU) yang merangkumi semua komponen pengurusan pentadbiran UMS. SMBU-Kewangan adalah merupakan salah satu kluster di dalam SMBU dan akan mengantikan Sistem Kewangan sedia ada di UMS termasuklah Sistem SAGA-Century, Sistem Sokongan i-GST dan Sistem i-Perolehan. SMBU-Kewangan dijangka akan mula digunapakai mulai 01 Mac 2018.
 
Bagi tujuan peralihan data sistem sedia ada  ke SMBU, capaian Sistem SAGA, Sistem Sokongan i-GST dan Sistem i-Perolehan akan digantung bermula pada 16 sehingga 28 Februari 2018.
 
Sehubungan dengan itu, YBhg. Prof. Datuk/Prof./Prof. Madya Dr./Tuan/Puan,
dipohon memastikan semua urusan dan dokumentasi berkaitan kewangan seperti Lampiran A hendaklah diselesaikan dan dikemukakan ke Zon Operasi Kewangan J/F/P/I/U masing-masing selewat-lewatnya pada 13 Februari 2018 (Selasa) jam 3.30 petang.
 
Sebarang kemusykilan dan pertanyaan, bolehlah berhubung dengan Pegawai Bendahari di Zon Operasi Kewangan masing-masing ataupun kakitangan Sektor Pengurusan Sistem Maklumat Kewangan & Perakaunan, Jabatan Bendahari berikut:
 
Cik Saini Binti Mohilap
Penolong Bendahari
No Tel: 088-320000 samb. 1096
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Encik Ikhwan Bin Edinin
Pen. Pegawai Teknologi Maklumat
No Tel : 088-320000 samb. 3295
Emel   : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Sekian. Terima kasih
 
BIL
Modul
Aktiviti
Tarikh akhir
1
Aktiviti Bayaran
Kemukakan bil, inbois atau tuntutan  daripada pembekal dan kakitangan
13/2/2018
 (3.30 petang)
Tuntutan pendahuluan kakitangan
13/2/2018
(3.30 petang)
Kelulusan Tuntutan perjalanan  Sistem i-Claim (Fungsi PTJ)
13/2/2018
(3.30 petang)
2
Aktiviti
Perolehan
Permohonan Perolehan Pembelian Terus, Sebut harga B, Sebut harga A dan Tender
13/2/2018
(3.30 petang)
3
Aktiviti Kutipan
Tarikh akhir mengemukakan permohonan inbois
13/2/2018
(3.30 petang)
4
Aktiviti
Akaun Amanah Penyelidikan
Kemukakan permohonan pembukaan akaun amanah/subkod ke Jabatan Bendahari/ZOPPIP/ZHEPA
13/2/2018
(3.30 petang)
 
      Lampiran A : Tarikh-Tarikh Penting Peralihan Sistem SAGA ke SMBU-Kewangan
 
LAMPIRAN A (.pdf)

Pengumuman Daripada: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa
Subjek: Larian ILCC Fun Run 2018
 
ILCC Fun Run, yang akan berlangsung pada 17 Mac 2018 di Padang Kawad UMS, dianjurkan oleh Jawatankuasa Penganjur UMS International Language and Culture Carnival (ILCC) 2018, Gugusan Bahasa Asing dan Tempatan PPIB di bawah pimpinan Pn. Veronica P. Atin. AJK Penganjur dianggotai oleh para pelajar UMS dan diterajui oleh Persatuan Mahasiswa Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (PMPEP), Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, dan pengarah larian kali ini adalah saudara Toh Viki.
 
Objektif utama ILCC Fun Run 2018 adalah menjana pendapatan untuk menampung sebahagian perbelanjaan UMS ILCC 2018 pada 12, 13 dan 14 April 2018, di samping mengasah bakat mahasiswa/i dalam penganjuran aktiviti di peringkat universiti, menggalakkan gaya hidup sihat, serta memupuk hubungan silaturahim dengan masyarakat sekitar.
 
Larian sejauh 7km ini terbuka kepada dua kategori:
Pelajar: dengan yuran penyertaan RM35 seorang, atau RM30 sekiranya mendaftar dalam kumpulan seramai 10 orang
Dewasa: dengan yuran penyertaan RM55 seorang, atau RM50 sekiranya mendaftar dalam kumpulan seramai 10 orang
 
Setiap peserta  akan mendapat sehelai t’shirt, bib larian, medal, dan sijil penyertaan. Juara, naib juara dan pemenang tempat ketiga bagi setiap kategori akan memenangi hadiah wang tunai Rm300, RM200 dan RM100. Cabutan bertuah turut menanti peserta yang mengambil bahagian.
 
Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada urusetia:
Kelly: 016-5793386
Iman: 013-5456758

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan
Subjek: Iklan Promosi Produk FSMP
 
Promosi Produk FSMP di Musim Perayaan! Boleh dapatkan terus di Product Outlet FSMP dari jam9.00 pagi hingga jam4.30 petang setiap hari. Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi nombor yang tertera. BELI LEBIH, LEBIH JIMAT!