Pengumuman daripada:  Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI)
Pegawai Dihubungi:  Urus Setia Penyelidikan, (samb.) 613825/613808/613802 untuk Geran SBK & SPLB dan Urus Setia Inovasi (samb.) 613815/613806/613803 untuk Geran SGI sahaja
Subjek:  PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN BAGI SKIM GERAN PENYELIDIKAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) FASA 1/2018

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Skim Geran Penyelidikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Fasa 1/2018 telah dibuka.
 
Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan masing-masing melalui Sistem Maklumat Penyelidikan, iaitu http://ppi.ums.edu.my/SMPPPI/default.aspx.  Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengambil perhatian ke atas tarikh-tarikh penting seperti yang berikut:
 
Tempoh Pengisian Permohonan dalam Sistem Maklumat Penyelidikan
Tempoh Semakan dan Perakuan oleh PPI
*Tempoh Penilaian Permohonan oleh Jawatankuasa Penilaian
1  Februari –
31 Mac 2018
 
2 – 6 April 2018
9 – 30 April 2018
 
Nota: Jawatankuasa Penilaian dianggotai oleh panel penilai dalaman dan dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
 
Disertakan bersama ialah Garis Panduan Skim Geran Penyelidikan UMS (SGPUMS) dan Garis Panduan Skim Geran Inovasi (SGI) untuk makluman dan juga perhatian Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan.
 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan bolehlah menghubungi pihak Urus Setia seperti yang berikut:
 
Jenis Geran Penyelidikan
Urus Setia
No. Telefon (samb.)
SBK & SPLB
Seksyen Penyelidikan, PPI
613825/613808/613802
SGI
Seksyen Inovasi, PPI
613815/613806/613803
 
 
Sekian, terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARIPADA : JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI
SUBJEK : MAKLUMAN KERJA-KERJA NAIKTARAF INFRASTRUKTUR RANGKAIAN DAN PUSAT DATA DI BANGUNAN JTMK
TUJUAN : Naiktaraf Infrastruktur Rangkaian dan Perubahan Susunatur Rak Bilik Pelayan Utama Pusat Data.
 
OBJEKTIF : 
1) Menyiapkan penyusunan semula rak untuk memberikan pengudaraan sejuk yang tertumpu untuk semua rak.
2) Menyiapkan pemasangan bekalan elektrik dan pembumian pada setiap rak.  
 
TARIKH : 03 Februari 2018 (Sabtu)
MASA : 8.00 Pagi - 5.00 Petang
 
Sepanjang tempoh kerja-kerja naiktaraf ini, perkhidmatan capaian rangkaian dan sistem aplikasi UMS akan mengalami gangguan.
 
Segala kesulitan amatlah dikesali. 
 
Sekian Terima Kasih

PENGUMUMAN DARIPADA           :           PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
                                               
PENGUMUMAN KEPADA                :           SEMUA KAKITANGAN AKADEMIK UMS
           
SUBJEK                                              :           PEMAKLUMAN PENGGUNAAN  SISTEM PERMOHONAN
                                                                        MENGHADIRI PERSIDANGAN
 
YBhg. Datuk / Dato’ / Datin /Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) akan menguatkuasakan penggunaan sistem permohonan menghadiri persidangan dalam dan luar negara berkuatkuasa pada 1 Februari 2018.
 
3.       YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan yang berhasrat membuat permohonan menghadiri persidangan dalam dan luar negara dengan bantuan / tanpa bantuan / menggunakan geran bolehlah mengakses sistem tersebut melalui URL: https://ppi.ums.edu.my.
 
4.       Untuk makluman, satu sesi latihan akan diadakan bagi memastikan kelancaran penggunaan sistem berkenaan yang akan dimaklumkan kelak. Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah berhubung terus dengan En. Ag. Ismawadi Bin Hj. Ag. Jaman (Samb.613827).
 
Segala perhatian YBhg. Datuk / Dato’ / Datin /Prof./Dr./Tuan/Puan, amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.
 
Sekian.