PENGUMUMAN DARIPADA:    KELAB SURIRUMAH DAN STAF WANITA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (KESUMBA) & PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PIUMS)
PEGAWAI DIHUBUNGI:            PUAN NORAZAH HAMZAH (019-8701712), USTAZAH NOORISAH TALJID (013-8306744)
SUBJEK:                                   KELAS TAJWID PERTENGAHAN

Pengumuman daripada: Bahagian Keselamatan, UMS
Subjek: Menjalankan Tugas-Tugas Ketua Bahagian Keselamatan
 
Senarai Edaran Seperti Dilampiran
 
Y.Bhg. Prof. Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa Lt Kol. Abdul Talib Arifin (B) akan bercuti rehat pada 26 hingga 29 Disember 2017. Sehubungan itu, sepanjang ketiadaan beliau di pejabat, tugas-tugas ketua bahagian keselamatan akan dijalankan oleh penama seperti berikut:
 
Tarikh
Pegawai yang menjalankan tugas pemangkuan
26-29 Disember 2017
Insp/Pb Massalinri Bin Mohd Tahir
Pegawai Keselamatan
 
Adalah diharapkan Y.Bhg. Prof. Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan dapat memberikan kerjasama kepada pegawai berkenaan sepanjang tempoh tersebut di atas.
 
Kerjasama dan perhatian Y.Bhg. Prof. Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
 
 

PENGUMUMAN DARIPADA: PENDAFTAR, UMS
SUBJEK: PEKELILING PENDAFTAR BIL. 15 TAHUN 2017: PERATURAN PENGURUSAN KURSI-KURSI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PINDAAN 2017)
 
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
PEKELILING PENDAFTAR BIL. 15 TAHUN 2017: PERATURAN PENGURUSAN KURSI-KURSI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PINDAAN 2017)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Bersama ini disertakan Pekeliling Pendaftar Bilangan 15 Tahun 2017 yang jelas maksudnya mengenai perkara tersebut di atas untuk makluman dan tindakan lanjut pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan.
 
Mohon perkara ini dimaklumkan kepada semua kakitangan di J/F/P/I/U/B masing-masing. Pekeliling tersebut boleh dicapai melalui laman web Jabatan Pendaftar (http://www.ums.edu.my/pendaftar/).
 
Segala perhatian dan kerjasama dari pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan, dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 

Pengumuman Daripada
: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP) UMS
Kepada
: Warga UMS
Subjek
: Makluman Perpindahan Pejabat PKKP
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP) UMS telah berpindah dan beroperasi sepenuhnya di Aras 4 Blok Utara, Bangunan Canselori bermula 11 Disember 2017. Alamat PKKP yang baharu adalah seperti berikut:
 
Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP),
Aras 4, Blok Utara, Bangunan Canselori,
Universiti Malaysia Sabah,
Jalan UMS,88400 Kota Kinabalu Sabah.
 
Walau bagaimanapun, nombor telefon kakitangan PKKP masih boleh dihubungi di talian sambungan yang sama iaitu 1857/ 1856/ 1151/ 1661(Pengarah) dan No. Faks 088-320611.
 
Sekian, terima kasih.