KESUMBA Hulur Sumbangan Kebajikan

kesumbapicISNIN, 24 MAC – Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) menghulurkan bantuan kepada beberapa badan kebajikan pada majlis Makan Malam Amal Semarak Budi baru-baru ini.

Menurut Yang Dipertua KESUMBA, Datin Baidah Ibrahim; sumbangan tersebut merupakan bukti keperihatinan pihaknya untuk membantu dan meringankan beban mereka yang memerlukan di samping memberi ruang kepada ahli-ahlinya untuk mendekati masyarakat.

“Komitmen KESUMBA ini tidak akan berakhir di sini malah ianya akan dipertingkatkan dari masa ke masa,” tambahnya beliau.

Makan malam amal tersebut berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM15,000 untuk disalurkan kepada tiga badan kebajikan iaitu Rumah Anak Yatim As-Sakinah Lok Kawi, Rumah Putera Harapan Ranau dan Tabung kebajikan Hal Ehwal Pelajar UMS.

Turut hadir, Penaung KESUMBA, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R. M. Jasni; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid dan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah.

Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan daripada beberapa artis lama dan baharu seperti, Datin Paduka Dahlia Ramli, Clarice John Matta, Adira AF serta kumpulan tari Art Collection.

Sebelum ini, KESUMBA telah banyak melaksanakan aktiviti merangkumi bidang kerohanian, sosial, sukan dan kebajikan yang memberi manfaat bukan sahaja kepada ahli malah kepada masyarakat setempat. –ZMD

Foto: Suzeanywati Gasinin, BPK

Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.