UMS Tawar 350 Tempat untuk Pelajar SPM 2013

asasi sainsKHAMIS, 20 MAC - Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menawarkan 350 tempat kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 yang menerima keputusan SPM serentak di seluruh negara hari ini.

Menurut pensyarah PPST, Sitty Nur Syafa Bakri; tawaran itu terbuka kepada pelajar-pelajar bumiputera aliran Sains Tulen yang mengambil mata pelajaran Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan.

“Pada tahun ini, Jabatan Pengajian Tinggi turut menetapkan beberapa syarat kemasukan baharu dengan menambah subjek Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus (kepujian) selain Bahasa Melayu,” katanya ketika ditemui Media Canselori.

Beliau juga memberitahu, para pemohon program Asasi Sains perlu mendapat gred B bagi subjek Matematik serta lulus Biologi, Fizik dan Kimia dengan sekurang-kurangnya mendapat gred C+ dalam dua daripada tiga mata pelajaran tersebut.

Ketika ditanya mengenai sambutan kemasukan ke PPST sebelum ini Nur Syafa berkata; jumlah tawaran mengikuti Program Asasi Sains terus ditingkatkan setiap tahun atas sambutan yang menggalakkan sejak ia diperkenalkan pada tahun 2010.

“Sehubungan itu, saya ingin mengingatkan para pemohon agar meletakkan UMS sebagai pilihan pertama ketika memohon di http://upu.moe.gov.my bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa hadapan.

“Para pelajar yang berjaya menamatkan pengajian kemudiannya boleh memilih mana-mana program Ijazah Sarjana Muda aliran Sains di universiti ini,” tambahnya lagi.

Sementara itu, beliau turut mengongsikan kejayaan PPST baru-baru ini dalam penganjuran Hari Terbuka Asasi Sains 2014 yang bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar sekolah menengah mengenai program yang ditawarkan di UMS.

Menurut beliau, program itu yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar PPST telah dihadiri lebih 800 pelajar sekolah menengah daripada 13 buah sekolah sekitar Kota Kinabalu. –ZMD

Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori

Foto: Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.