Sukan Massa Futsal dapat Sambutan Menggalakkan

futsal sukan massaRABU, 19 MAC  - Pertandingan Futsal sempena Kejohanan Sukan Massa Universiti Malaysia Sabah (UMS)  baru-baru ini menyaksikan penyertaan sebanyak 37 pasukan daripada siswa siswi UMS.
 
Menurut ahli jawatankuasa penganjur, Azman Soaibah, pertandingan itu diadakan bagi mencari bakat-bakat baharu yang boleh diketengahkan untuk mewakili pasukan UMS dalam pertandingan yang lebih besar seperti Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) dan  Majlis Sukan Universiti-universiti Malaysia (MASUM).
 
“Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu lelaki dan perempuan. Selain sebagai medan pencarian bakat pemain, ia juga bermanfaat  membina  dan  mengukuh  perhubungan  sosial  sesama pelajar sekali gus menyumbang budaya hidup yang cergas dan sihat,” ujar Pegawai Belia dan Sukan di Pusat Sukan UMS itu lagi.
 
Pertandingan itu menyaksikan pasukan Puok Tuguk muncul juara bagi kategori lelaki apabila mengalah pasukan Ketam FC dalam perlawanan akhir. Tempat ketiga pula disandang pasukan Kenyalang FC.
 
Bagi kategori wanita pula, tempat pertama dimenangi oleh pasukan Bola-Bola Kampung, disusuli oleh Energetic Pugut di tempat kedua dan pasukan Energetic 2 di tempat ketiga. -SS
 

Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori
 
Sumber: Dr. Mohamad Nizam Nazarudin
 
 
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.