PAPS mampu Tingkatkan Motivasi dan Minat Pelajar dalam Sains

papsSELASA, 03 DISEMBER - Bengkel Peningkatan Kreativiti dan Inovatif melalui aktiviti ‘Hands-On’ menggunakan bahan-bahan ringkas telah diadakan di makmal Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah (UMS), baru-baru ini.

Program selama dua hari itu merupakan anjuran Program Pendidikan Sains, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS) dengan kerjasama pelajar Pascasiswazah Program Program Sarjana Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) Semester 3.

Ia telah dikendalikan penceramah jemputan dari Greenview Secondary School, Singapura, Dr. Muhammad Nazir Amir dengan menggunakan pendekatan pengajaran melalui Pembinaan Alat Permainan Berasaskan Sains (PAPS).

PAPS merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan oleh Dr. Muhammad Nazir melalui kajian tindakannya yang mendapati pendekatan tersebut mampu meningkatkan kreativiti, minat, dan motivasi dalam kalangan pelajar berkebolehan rendah untuk mempelajari Fizik.

Dr. Muhammad Nazir dalam bengkelnya juga menunjukkan bagaimana PAPS dapat diintegrasikan dengan subjek yang lain seperti reka cipta dan teknologi yang secara tidak langsung mendedahkan pelajar tentang pendekatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Dalam pada itu, penyelaras program berkenaan, Dr. Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah berkata, bengkel tersebut telah memberikan satu cetusan idea baru kepada para peserta program untuk mencungkil kreativiti dan memupuk minat serta motivasi dalam kalangan murid di sekolah kelak melalui pendekatan yang ditunjukkan.

“Ini dapat ditunjukkan melalui hasil dapatan soal selidik selepas bengkel yang mana 100% daripada peserta telah bersetuju bahawa pendekatan yang dikongsi dalam bengkel ini telah memberikan idea untuk berfikir secara kreatif, meningkat motivasi dan minat pelajar dalam pembelajaran Sains dan seterusnya mereka akan mengesyorkan kepada guru-guru lain di sekolah agar belajar mengenai pengajaran sains melalui pendekatan PAPS,” ujarnya lagi.

Seramai 21 pelajar Sains Program Pensisiwazahan Guru (PPG) Kohot II dan III bersama 24 pelajar Sains Pra-Siswazah Semester 1 dan 4 telah terlibat dalam program tersebut. Hadir sama, pensyarah SPPS,  Dr. Dennis Andrew D. Lajium mewakili Dekan SPPS, Prof. Dr. Ismail Ibrahim. -SS-
 

Bahagian Media
Jabatan Canselori

Sumber: SPPS
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.