UMS Lantik Kontraktor Kolej Kediaman

serah surat kontrakSELASA, 11 NOVEMBER – Satu majlis penyerahan watikah pelantikan panel kontraktor kerja-kerja penyelenggaraan kecil di kolej kediaman Universiti Malaysia Sabah (UMS) diadakan di Café D’Sireh, Bangunan Canselori, kelmarin.
 
Menurut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah, para kontraktor yang  dilantik memberi khdimat bakti di kampus juga umpama sebuah keluarga UMS, justeru setiap amanah yang diberikan perlu dijaga dengan baik untuk keselesaan bersama.
 
Beliau turut mengucapkan tahniah dan berharap kontraktor yang terlibat akan menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan cekap dan berkualiti.
 
Sebanyak sembilan syarikat menerima watikah pelantikan iaitu Global Resources, Bizzy Enterprise, Kontraktor Dinarmas, Agaras Maju, HYQ Resources, Joebuilder Enterprise, Metro Mas Enterprise, Kontraktor Teguh Jaya dan Syarikat Usaha Sama.
 
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal dan Alumni), Prof. Madya Dr. Ismail Ali dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Shariff Abd Kadir Shariff Omang. –HH


Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.