UMS Tidak Halang Sambut Perayaan di Kampus: NC

vcSELASA, 11 NOVEMBER - Universiti Malaysia Sabah (UMS) tidak pernah menghalang kakitangan atau para pelajar untuk menganjurkan sebarang aktiviti perayaan di dalam kampus.
 
Menurut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah, selain sebagai satu usaha untuk mengukuhkan budaya warisan turun-temurun, ia juga bagi meningkatkan jati diri dan mengangkat nilai moral warga kampus mengikut anutan dan kepercayaan agama masing-masing.

“Berhubung dengan laporan akhbar yang memberitahu bahawa UMS menghalang perayaan Krismas disambut di dalam kampus, pihak universiti dengan rendah diri menafikannya dan menyifatkan ia sebagai satu kesalahfahaman.

“Dari segi kronologinya, cadangan sambutan perayaan Krismas ini telah awal mendapat kelulusan yang menyaksikan pihak UMS sendiri turut menyediakan bajet untuk pelaksanaannya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Ujar beliau, pihak UMS turut menyokong hasrat pelajar yang inginkan penganjurannya dibuat secara meriah melibatkan komuniti setempat seiring dengan usaha ke arah merakyatkan universiti.

Datuk Dr. Harun berkata, pihak UMS memberi pilihan sama ada sambutan tersebut diadakan di luar kampus bagi memudahkan kehadiran ramai pengunjung tanpa perlu menghadapi kesesakan lalu lintas dan ruang tempat letak kereta yang terhad.

“Sesungguhnya, setiap aktiviti yang ingin dianjurkan akan mendapat kelulusan selagi tertakluk kepada peraturan-peraturan universiti,” jelasnya dalam kenyataan itu lagi.

Sebarang keraguan isu dan persoalan tentang UMS boleh diajukan kepada pihak pengurusan universiti melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau menghubungi talian 088-320000 sambungan 1017/1650/1021. -SS


Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.