Barisan MPP UMS Diingat Beri Komitmen Laksana Program Eco Campus

watikah mppJUMAAT, 6 DISEMBER – Barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS diingat agar memberi komitmen penuh dengan pihak universiti ke arah membentuk para pelajar yang prihatin dan serius terhadap pelaksanaan program Eco Campus menjelang 2017.
 
Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah berkata, barisan kepimpinan pelajar ini haruslah bersifat global dan lebih berinovatif dalam melaksanakan tugas agar UMS mampu mencapai piawaian universiti bertaraf antarabangsa.
 
“Sebagai barisan kepimpinan di MPP UMS bebanan dalam menggalas tugas sebagai pemimpin adalah tanggungjawab yang sangat penting sebagai medium perantara suara pelajar dan dalam menyampaikan hasrat dan harapan universiti kepada mahasiswa,”.
 
“Harapan universiti agar MPP dapat memberi kelainan dan misi tersendiri dalam menyokong program universiti, khususnya program berteraskan Eco Campus,” katanya. Beliau berkata demikian dalam satu Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan dan Ikrar Aku Janji MPP Sesi 2013/2014 di Dewan Bankuasi, Bangunan Dewan Canselor.
 
Beliau turut menyeru barisan kepimpinan pelajar agar sentiasa proaktif dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti kemahasiswaan serta menjaga imej dan nama baik universiti di peringkat nasional dan global.
 
“Saya berharap MPP sesi kali ini berusaha menjadi tuan rumah Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) selaras dengan program meraikan ulang tahun UMS ke-20 tahun depan,” ujarnya.
 
Turut hadir pada majlis tersebut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Datuk Dr. Kasim Md. Mansur dan Pengarah UMS Kampus Antarabangsa Labuan, Prof. Madya Dr. Ismail Ali.  –MA–   
 

Bahagian Media
Jabatan Canselori

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.