Aktiviti Sukaneka Serikan Program Kelas Al-Quran Dan Iqra' UMS 2013

sukaneka masjidJUMAAT, 6 DISEMBER – Bersempena dengan Program Kelas Al-Quran Dan Iqra' UMS Siri II/2013, Unit Hal Ehwal Unit Hal Ehwal Islam dan Masjid (UHEIM) telah mengadakan aktiviti sukaneka yang melibatkan pelajar dan ibu bapa di Perkarangan Masjid kelmarin.
 
Menurut Ketua program, Ustazah Noorisah Taljid, aktiviti ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk tali siratulrahim dan mewujudkan persaingan sihat melalui pertandingan sukaneka di antara ibu bapa dan pelajar bersama para pembimbing kelas.
 
Sukaneka tersebut melibatkan pertandingan bagi tiga kategori umur, iaitu kategori pelajar lelaki dan perempuan berumur 4 hingga 6 tahun, lelaki dan perempuan 7 hingga 9 tahun, dan lelaki dan perempuan 10 hingga 12 tahun. Acara yang dipertandingkan adalah seperti membawa bola dalam sudu, tiup belon sampai pecah, musical chair, makan biskut paling cepat dan treasure hunt.
 
Tidak ketinggalan para ibu bapa juga turut serta dalam pertandingan boling padang dan mencipta pakaian kreatif.
 
Program kemudiannya diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah epada para pemenang pertandingan sukaneka dan solat Zuhur berjemaah. -SM-


Bahagian Media
Jabatan Canselori

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.