Mahasiswa UMS Lawat Pulau, Semarak Industri Pelancongan Tempatan

Lawat Pulau Sains SukanISNIN, 15 JUN -  Sebagai usaha menyokong industri pelancongan tempatan, seramai 39 pelajar tahun tiga, Program Sains Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan lawatan sehari ke Pulau Sapi dan Pulau Manukan baru-baru ini.

Pengarah lawatan itu, Jacky Jack berkata program tersebut bertujuan mengalakkan minat pelajar melancong destinasi menarik dalam negeri sambil mengamalkan aktiviti riadah.

“Program ini juga bagi memenuhi tuntutan yang diwajibkan dalam Kursus Sukan dan Pelancongan sekali gus membantu mahasiswa meningkatkan kemahiran insaniah pelajar khususnya berkaitan kualiti pengurusan aktiviti luar,” ujarnya ketika dihubungi Media.

Sementara itu, Timbalan Pengarah program lawatan, Nur Idzaty Yahya Azmi berkata sangat gembira kerana perancangan program tersebut terlaksana dengan baik dan sempurna.

“Kami bertolak dari Jeti Jesselton sekitar jam 9.00 pagi...Pulau Sapi adalah destinasi pertama dan kemudiannya kami ke Pulau Manukan.

“Antara aktiviti yang dijalankan di Pulau Sapi adalah parasailing dan snorkeling, manakala bola tampar pantai dan frisbee dijalankan di sekitar Pulau Manukan,” katanya.

Beliau turut menyuarakan rasa terima kasih kepada Katering D’Saiful dan krew Beachbums yang sama-sama membantu menjayakan program tersebut

Salah seorang peserta, Nur Amalina Ahmad memberitahu, program yang dirangka dalam kursus Sukan dan Pelancongan itu telah meningkatkan kesedarannya untuk lebih menghargai dan menjaga alam semula jadi.

“Pogram sebegini juga dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dan pensyarah di samping menjadi kenangan manis kepada kami selepas tamat pengajian nanti,” ujarnya lagi. –SS


Bahagian Media dan Citra
Sumber: Program Sains Sukan
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.