Pelajar UMS Dan Orang Ramai Dipelawa Ke Pesta Tiong Hua UMS Sabtu Ini

logoumsSELASA, 12 MAC - Orang ramai dan para pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dipelawa untuk menghadiri Pesta Tiong Hua peringkat UMS pada hari Sabtu ini. Pesta tersebut yang diadakan pada pukul 6.30 petang dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS bertempat di Dewan Canselor.

Menurut urusetia penganjur, pelbagai acara menarik akan mengisi pesta tersebut yang dijangka akan dirasmikan oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah. Antaranya termasuklah persembahan Wushu serta tarian dan nyanyian kebudayaan.

Turut menjadi tarikan pengunjung ialah persembahan Tarian Singa dan Teater Muzik bertajuk ‘Once Upon An Old Town’ yang bertemakan kehidupan orang Cina pada zaman 70, 80 dan 90-an. Teater yang akan dipersembahkan oleh pelajar-pelajar UMS itu bakal menampilkan kisah kegigihan dan ketabahan orang Cina untuk meneruskan kehidupan dengan menerapkan elemen-elemen budaya diwarisi secara turun temurun sehingga kini.

Dalam masa yang sama, penganjuran Pesta Tiong Hua ini sekaligus menjadi platform untuk memperkenalkan kebudayaan suku kaum ini kepada seluruh masyarakat termasuk para pelajar universiti yang berbilang bangsa. Sehubungan itu, mereka yang berminat boleh mendapatkan tiket masuk serendah RM12.00 untuk pelajar UMS, warga emas dan pemegang Kad Orang Kelainan Upaya (OKU). Manakala orang ramai yang ingin hadir boleh mendapatkan tiket berharga RM18.00 untuk tempat duduk biasa dan RM35.00 tempat duduk premium.

Tiket-tiket tersebut boleh diperoleh dengan menghubungi Cammy Ng 017-4745228, Tan Kah Kiang 016-3959486 dan Tan Ming Chian 016-4574207.

 

Oleh: Salbinous Saribun, BPK

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.