Tanpa Integriti Hilanglah Harga Diri

CanseloriSELASA, 12 MAC 2013 - “Kita mestilah bekerja dengan tekun dan sentiasa rajin mencari ilmu untuk mengubah cara bekerja dari yang baik kepada yang lebih baik supaya matlamat hidup kita tercapai." Demikian amanat Naib Canselor UMS, Prof. Datuk. Dr. Mohd. Harun Abdullah ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Jabatan Canselori baru-baru ini.

Katanya, jangan menjadikan hari semalam sama seperti hari ini dan hari ini sama seperti keesokan harinya, seolah-olah hidup kita ini hanya menanti hari kematian tanpa melakukan apa-apa pencapaian ke arah kecemerlangan diri dan organisasi kita.

“Contohilah budaya bekerja masyarakat Jepun. Mereka menitikberatkan masa dan usaha yang amat tinggi untuk mencapai kejayaan. Sekali lagi saya menyeru, marilah kita semua agar setiap masa berpesan-pesanlah untuk melakukan kebaikan bersama,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Mohd. Azrul Aman dan Adizah Mahsar dipilih sebagai kakitangan terbaik Canselori bagi bulan Januari dan Februari 2013. Manakala Fazharia April Juel A. Simbaku dari Bahagian Perhubungan Korporat dan Soinah Doiman, dari Bahagian Audit Dalam, Dico Pamin, dan dari Pusat Keselamatan dan Pekerjaan, Revina Lonsiong. Sementara, kakitangan yang terpilih sebagai kakitangan terbaik untuk dua bulan berturut-turut iaitu Januari dan Februari adalah dari Unit Penerbitan dan Pusat Hubungan Industri iaitu Aliana Amin dan Jalil Abdullah.

Bagi Rostam Marinsan, ucapan Naib Canselor mengingatkan dirinya agar kita yang menjadi warga Jabatan Canselori, memberikan imej yang terbaik sebagai contoh kepada jabatan yang lain di universiti ini. Bekerja sambil lewa dan tidak menepati waktu bekerja adalah sikap yang tidak baik sama sekali. Ianya mesti dibuang terus dari diri setiap individu. Integriti wujud dalam diri sendiri, tanpa integriti hilanglah harga diri.

 

Disediakan oleh : Pejabat Naib Canselor, Jabatan Canselori.

 

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.