5 Tahun PPST Tunas Pelajar Bidang Sains

asasi14KHAMIS, 29 MEI - Bermula seramai 33 orang sahaja pada pengambilan pertama Program Asasi Sains 2010/2011, kini Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) telah melahirkan 359 pelajar yang telah mengikuti pelbagai bidang aliran sains dalam peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda di UMS.
 
Malah, kumpulan pertama pelajar program Asasi Sains ini dijangka akan menamatkan pengajian mereka pada tahun ini, iaitu bersempena dengan sambutan ulang tahun UMS ke-20. Jelas sekali, program Asasi Sains di bawah penyeliaan PPST berada dalam landasan tepat dalam melahirkan lebih ramai pelajar yang berkemahiran dalam pelbagai program sains yang ditawarkan di universiti ini.
 
Menurut Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah, pelajar yang terpilih saban tahun ke dalam program ini sememangnya beruntung kerana persaingan di antara pelajar untuk diterima masuk ke universiti amatlah sengit dengan peningkatan jumlah pelajar meraih semua gred A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin meningkat pada masa kini.
 
"Anda sememangnya sangat bertuah kerana terpilih menjadi sebahagian warga UMS yang mempunyai prasarana yang canggih dan sumber lengkap untuk para pelajar merasa ketenangan dan fokus sepanjang pengajian di universiti.
 
"Semoga peluang yang diperoleh ini tidak akan dipersiakan, sebaliknya menjadi pembakar semangat dan menanam tekad untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu demi kejayaan yang lebih cemerlang," katanya ketika merasmikan penutupan Minggu Suai Mesra Pelajar Baharu Program Asasi Sains Sesi 2014/2015 di Dewan Canselor UMS.
 
Beliau turut menyeru para pelajar asasi sains sesi ini mengamalkan sikap positif dan tekad untuk berjaya, serta memikul tanggungjawab secara kolektif bersama warga universiti untuk menaikkan nama UMS ke peringkat yang lebih tinggi.
 
Seramai 318 pelajar dari seluruh negara terpilih bagi pengajian  program Asasi Sains sesi 2014/2015. -MA-

Gambar : Ernest Berinus
 
Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.