UMS Dekati Sekolah Rendah

Saint-7965ISNIN, 12 MEI -  Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah memulakan siri lawatan ke beberapa sekolah rendah dan menengah di sekitar Sabah bermula hari ini.

Kunjungan diadakan di Sekolah Kebangsaan St. Catherine iaitu sekolah rendah ketika beliau menuntut ilmu dalam darjah satu dan dua.

Terletak di Kampung Bambangan Inanam, ketibaannya disambut Penolong Kanan 1, Nasiah George dan Pengerusi Lembaga Pengarah sekolah, Paul Augustine.

Berucap pada majlis itu kemudiannya Datuk Dr. Harun berkata;  kunjungan itu antara lain bertujuan mengeratkan hubungan antara universiti dengan komuniti setempat khususnya dengan pihak  sekolah.

“Ini merupakan inisiatif UMS dalam usaha mendekati komuniti selain sebagai medan untuk memastikan universiti sentiasa rapat dengan pihak sekolah,” katanya.

Beliau turut mengongsikan pengalaman selama dua tahun menuntut ilmu di sekolah itu pada tahun 1966 dan 1967.

“Saya melihat banyak perubahan yang telah berlaku pada sekolah ini. Dahulunya, terdapat pokok getah di tepi sekolah dan ia adalah medan permainan bagi kami. Saya selalu bermain biji getah bersama murid-murid lain di kawasan itu,” ujarnya lagi.

Pada kunjungan itu, Datuk Dr. Harun turut dibawa melawat ke sekeliling sekolah berkenaan. -SS
 

Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori
 
Gambar: Ernest Berinus

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.