Lawatan Integriti SKTM ke Pusat Penjara Kota Kinabalu

penjara sktm1KHAMIS, 4 APRIL - Sempena sambutan Bulan Integriti peringkat Universiti Malaysia Sabah (UMS), pihak Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat (SKTM) telah menganjurkan satu sesi lawatan Integriti ke Penjara Pusat Kota Kinabalu Sabah baru-baru ini. Lawatan itu yang diketuai oleh  wakil Dekan SKTM, Prof. Dr. Ali Chekima turut disertai oleh beberapa kakitangan UMS yang lain termasuk kakitangan Jabatan Pendaftar, Unit Hal Ehwal Masjid, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa, Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial , Sekolah Sains dan Teknologi.
 
Penolong Pendaftar Kanan SKTM merangkap penyelaras lawatan, Hasmi Hashim berkata; pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang sesi lawatan tersebut. Antaranya termasuklah taklimat umum Penjara yang disampaikan Inspektor Awang Roni Awang Abdullah selain demonstrasi sebatan dan kunjungan ke Galeri Penjara serta Unit Lawatan Penjara dan kawasan sekitarnya.

Menurut Hasmi, ahli rombongan juga bertuah kerana berpeluang mendengar taklimat tentang banduan akhir iaitu banduan yang telah dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah. Ini termasuk  pengalaman sebenar hari terakhir banduan akhir daripada Pegawai Gantung Penjara sendiri iaitu Penolong Penguasa Penjara Eddie Oskos,  yang mana jumlah Pegawai Gantung Penjara diseluruh Malaysia adalah terhad tidak melebihi 20 Pegawai sahaja.

Tambahnya lagi, lawatan Integriti ke penjara pusat ini secara umumnya berjaya mencapai objektif dalam mendapatkan info umum penjara dan menimbulkan perasaan keinsafan betapa pentingnya integriti dalam kehidupan seharian. Semua ahli rombongan berharap agar lawatan integriti ini diteruskan pada masa hadapan demi menyemai semangat integriti yang kukuh dalam diri dan seterusnya dalam pekerjaan masing-masing untuk kebaikan keluarga, majikan dan negara. –SS
 
Sumber: Hasmi Hashim, SKTM
 


Seksyen Penerangan dan Media, Bahagian Perhubungan Korporat
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.