25 Pelajar sertai Program Universiti Aspirasi, Mahasiswa Inspirasi

program aspirasiRABU, 10 SEPTEMBER - Seramai 25 pelajar prauniversiti menyertai program ‘Universiti Aspirasi, Mahasiswa Inspirasi’ anjuran Jabatan Seranta (FELDA) Negeri Sabah dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.
 
Jumlah tersebut meliputi 20 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Belud dan lima  pelajar SMK Desa Kencana Lahad Datu yang juga merupakan anak-anak Felda.
 
Pada program berkenaan, para pelajar diberi ceramah motivasi oleh  Setiausaha Persatuan Undang-undang Sabah, Syarulnizam Datuk Seri Panglima Salleh.
 
Para pelajar turut diberi peluang melihat Majlis Ikrar dan Aku Janji pelajar-pelajar baharu UMS sebagai suntikan motivasi kepada mereka untuk terus berusaha dalam pelajaran dan melanjutkan pengajian ke universiti kelak.
 
Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Prof. Madya Dr. Ismail Ali turut mengalu-alukan kehadiran pelajar sempena majlis berkenaan.
 
Hadir sama, Ketua Jabatan Seranta Sabah, Asmarah Rikun. SS

 
Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.