SPPS anjur Seminar Pendidikan dan Geografi 29-30 Ogos ini

SEMINAR PENDIDIKANKHAMIS, 15 OGOS - Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS) Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mengadakan Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi pada 29-30 Ogos ini.
 
Menurut kenyataan yang yang dikeluarkan oleh sekolah tersebut, seminar berkenaan akan diadakan bertempat di Institut Penyelidikan Bioteknologi UMS dan dikendalikan oleh tiga tokoh akademik terkemuka negara dalam bidang berkaitan.
 
Bertemakan Pelestarian Pemikiran dalam Pendidikan Sejarah dan Geografi, seminar tersebut antara lain bertujuan bagi mengenal pasti isu dan cabaran dalam pendidikan Sejarah dan Geografi disamping  menegaskan kepentingan bidang berkenaan dalam melahirkan individu berpatriotisme dan mencintai khazanah alam.
 
Selain itu, ia juga bagi menjana idea untuk mendapatkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran Sejarah dan Geografi yang menerapkan nilai-nilai patriotik dan mencintai khazanah alam serta menjalinkan kerjasama intelektual dan profesional untuk memperkasakan kedua-dua bidang tersebut.
 
Sehubungan itu, mereka yang berminat boleh menghubungi sekretariat seminar di talian 088-320117 atau melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 


Oleh Salbinous Saribun
 

Sumber: SPPS                                                                 
        
                                                                     

Jabatan Canselori
 


IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.