Pecah Rekod MBoR, Hadiah untuk UMS

MBoRISNIN, 21 APRIL – “Program ini bukan sahaja meletakkan nama UMS dalam Malaysia Book of Records, namun ia membuktikan bahawa dengan usaha dan iltizam serta semangat kerja berkumpulan yang kuat, kita mampu dan boleh melakukan apa sahaja yang mencabar mental dan fizikal kita,” kata Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah pada Majlis Penghargaan Program Malaysia Book of Records ‘The Longest Distance of Run on a Treadmill by a Group’ yang berlangsung di Cafe D’Sireh, Bangunan Canselori Blok Utara, baru-baru ini.
 
“Secara peribadi, saya amat berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat terutamanya 9 pelari yang kesemuanya merupakan pelajar UMS kerana berjaya mengatasi cabaran selama 11 hari bagi memastikan nama UMS tercatat dalam Malaysia Book of Records,” jelas Datuk Harun yang turut menyampaikan sijil penghargaan kepada semua pelari dan ahli jawatankuasa yang terlibat.
 
Datuk Harun turut menyeru semua pelari dan ahli jawatankuasa agar terus menunjukkan semangat kerja berpasukan dan kepimpinan yang boleh dicontohi kepada generasi seterusnya.
 
Terdahulu, Dekan Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS), UMS, Prof. Dr Ismail Ibrahim menegaskan yang penganjuran program Malaysia Book of Records (MBoR) yang berlangsung pada 20 hingga 31 Januari lalu merupakan salah satu acara sempena sambutan 20 tahun penubuhan UMS yang disambut pada tahun ini.
 
“Keupayaan atlet SPPS, UMS memecahkan rekod larian sejauh 2,299.42 km selama 11 hari dan mencatat nama dalam MBoR menjadi hadiah tidak ternilai kepada UMS dan Sabah amnya sempena sambutan ini.”
 
Turut hadir dalam majlis tersebut, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Shahril Yusof, Ketua Perpustakaan, Puan Dayang Rukiah Ag. Amit dan pensyarah-pensyarah SPPS. – CD
 
Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.