Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa  Jabatan Bendahari, UMS sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan Jabatan.
 
Mohon jasa baik YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik agar dapat meluangkan sedikit masa untuk mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan https://shorturl.at/D9CMR atau imbas kod QR yang tertera.
 
Maklumbalas daripada semua amat kami hargai.
 
Terima kasih kerana berurusan dengan Jabatan Bendahari. 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Surat Makluman Larangan Peminjaman Peralatan Dapur Di Luar Bangunan Dapur Rahmah Masjid UMS
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
02.    Adalah dimaklumkan bahawa, Pusat Islam UMS dalam proses penambahbaikan fasiliti dan mengemaskini inventori Dapur Rahmah Masjid UMS. Sepanjang proses ini berlangsung didapati banyak peralatan dapur yang tidak dapat dikesan. Pihak kami juga masih dalam proses merekodkan aset/inventori berstatus wakaf yang dibeli menggunakan Tabung Amanah Masjid UMS. Perkara ini adalah melibatkan beberapa hukum berkaitan dengan harta Masjid.
 
03.            Menurut hukum Fiqah, mana-mana harta yang diletakkan di Masjid atau dibeli dengan dana masjid maka ia menjadi harta wakaf yang cuma boleh digunakan untuk kepentingan masjid dan dalam lingkungan masjid. Dalam penggunaan harta wakaf perlu dipastikan barangan itu selamat dan tidak rosak. Imam Ibnu Hajar al-Haytami seorang fuqaha bermazhab Syafie ketika ditanya hukum memindahkan air yang diwakafkan untuk bersuci di masjid berkata: Sesiapa yang menyedekahkan air atau mewakafkan sesuatu yang diperoleh daripadanya untuk bersuci di masjid tertentu, tidak dibenarkan memindahkannya dari masjid tersebut sama ada untuk bersuci atau tujuan lain, sama ada orang ramai dihalang menggunakannya atau tidak. Ini kerana air yang telah disediakan secara umum (untuk manfaat ramai) haram dipindahkan ke tempat lain yang tidak mempunyai kaitan dengannya, seperti tempat persendirian.” (Rujuk Fatawa fiqhiyyah kubra, Jld.3, Hlm.266). Jika memindahkan atau membawa keluar air masjid pun haram apatah lagi barangan-barangan masjid lain yang lebih berharga. Darul Ifta Mesir dalam fatwanya no: 212 menyatakan; Tidak boleh menggunakan apa yang diwakafkan untuk masjid kecuali untuk keperluan masjid, dan Nabi Muhammad SAW telah memberi amaran tentang mengeluarkan sesuatu dari premis masjid walaupun ada manfaatnya; Baginda bersabda: "Sesungguhnya batu kerikil itu akan menuntut (dihadapan Allah) kepada orang yang mengeluarkannya dari masjid." (Riwayat Abu Daud). Menggunakan alat-alat masjid untuk tujuan lain adalah dosa dan kesalahan yang besar, serta membazirkan harta wakaf umat Islam, dan mendedahkan masjid dan kemudahannya kepada kerosakan dan pengabaian. Ini termasuk dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Dan siapakah yang lebih aniaya daripada orang yang menghalanghalangi menyebut nama Allah dalam mesjid-mesjid-Nya, dan berusaha untuk merobohkannya? (Surah al-Baqarah:114]. (https://www.dar-alifta.org)
 
04.            Bagi memastikan kepatuhan syariah dalam penggunaan harta masjid UMS yang dibeli menggunakan dana Tabung Amanah Masjid, pihak Pusat Islam hanya membenarkan JFPIB menggunakan peralatan tersebut dalam kawasan Pusat Islam, Masjid UMS dan Dapur Rahmah Masjid UMS. Sebarang penggunaan di luar premis tersebut adalah tidak dibenarkan dan berkuatkuasa serta merta. 
 
05.            Pihak Pusat Islam mengalu-alukan JFPIB untuk menggunakan peralatan dapur masjid berdasarkan syarat-syarat tersebut dan sebarang maklumat lanjut berhubung perkara ini bolehlah menghubungi Puan Noor Fazelah Salimin ditalian Hotline Pusat Islam :    088-320624 atau melalui e-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. cc Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

"Jika anak Adam memiliki harta sebanyak dua bukit, pasti dia akan mencari bukit yang ketiga..."  
Itulah hakikat kehidupan — harta tanpa keberkatan tidak akan pernah cukup.
 
Zakat bukan sekadar kewajipan, tapi ia adalah satu bentuk penyucian jiwa dan harta. Ia mendidik kita untuk tidak terlalu cinta dunia dan membuka ruang rezeki untuk orang lain yang memerlukan.  
 
🌿 Mari renungi dan hayati sabda Rasulullah SAW ini, dan mulakan langkah ke arah keberkatan:  
✅ Daftar atau kemas kini potongan zakat penggajian anda melalui sistem HROnline UMS.  
📌 Kunjungi: (https://registrar.ums.edu.my) → Menu Pusat Islam UMS → Zakat Penggajian
 
📞 Sebarang pertanyaan, hubungi:  
📲 Puan Noorisah (013-2855378)
Puan Kartini (019-8042698)
Cik Raysha (013-8085856)
Encik Hilmi (014-3919821)
 
🌟 Zakat mendidik hati, menyuburkan rezeki 🌟 
 
#ZakatMembawaBerkat #UMS #PusatIslamUMS #KesedaranZakat

 

Pengumuman Daripada: Urus Setia Program Wacana Minda

 

PROGRAM WACANA MINDA: Reformasi Model Pembiayaan Institusi Pengajian Tinggi Awam
 
Satu platform yang menghimpunkan pemikir negara, tokoh pemimpin akademik dan pembuat dasar dalam usaha merangka penyelesaian strategik dan mampan bagi pembiayaan IPTA di Malaysia.
 
Program ini akan dirasmikan oleh:
 
YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir
Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia
 
Tarikh: 29 April 2025 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi – 9.30 malam
Tempat: The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu, Sabah
 
PENYERTAAN TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT
Untuk menyertai program ini, maklumat pendaftaran & yuran penyertaan boleh didapati dengan mengimbas kod QR pada poster.
 
Anjuran bersama:
 
- Universiti Malaysia Sabah
- ⁠Kementerian Pendidikan Tinggi
- ⁠Institute for Development Studies (IDS) Sabah
- ⁠Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT)