Pengumuman Daripada: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa

 

Sukacita dimaklumkan bahawa, Organizer Team APK Semester 2 Sesi 2023/2024 Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan PROGRAM APK HYBRID EXPO-7 (APKHE-7) pada ketetapan berikut :

🗓 Tarikh : 13 Mei - 17 Mei 2024
⏰ Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
🏫 Tempat : Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), UMS

Program ini diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan semangat keusahawanan dalam diri individu dan juga dalam kalangan pelajar.

Pelbagai jualan makanan dan minuman yang menyelerakan akan diadakan selaras dengan tujuan program ini. Program ini juga mampu memupuk semangat keusahawanan dalam seluruh warga UMS.

Antara jualan yang diadakan dalam program ini adalah :

MAKANAN SEDAP, MINUMAN DAN PENCUCI MULUT, AKSESORI DAN BARANG LAIN

❗Terbuka kepada seluruh warga Universiti Malaysia Sabah dan orang awam❗

Perhatian dan kerjasama anda amatlah dihargai.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Prof. Dr/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan, 

Sempena Sambutan Hari OSH Sedunia & Minggu OSH peringkat Universiti Malaysia Sabah, tema pada tahun ini adalah Keterjaminan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Cabaran Perubahan Iklim Semasa.

Sehubungan itu, semua dijemput hadir dan memeriahkan program Minggu OSH peringkat Universiti Malaysia Sabah.

 

Sekian.

 

#OSHDAY2024

#OSHWEEKUMS

 

Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
 
Tuan/Puan,
 
Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal, Fakulti Sains Makanan & Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah ingin menjemput anda menyertai kursus seperti ketetapan berikut:
 
Kursus: Kursus Sembelihan Halal Perdana 2024

Tarikh : 25 Mei 2024 (sabtu)

Masa : 7.30 Pagi - 2.00 Petang

Lokasi : Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, UMS

 

Bagi yang berminat boleh mengimbas QR Kod yang dilampirkan atau mengisi borang yang disediakan.

 
Borang Pendaftaran Kursus Sembelihan Halal Perdana 2024:

https://forms.office.com/r/DapErWB6YW

 

Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP) dengan kerjasama JKKP Kluster Makmal UMS ingin menjemput semua warga UMS (Kakitangan/Pelajar) & Orang Awam untuk menyertai Webinar Minggu OSH: Keselamatan Kimia & Biologi yang akan diadakan pada: 

Tarikh           : 13 Mei 2024 (Isnin)

Masa            : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Platform       : Webex ( https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=m6e5b7ea28b867c1f2a13a52cda611c75 )

 

Penceramah  : 1) Prof. Madya Dr. Kenneth F. Rodrigues [Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi) Institut Penyelidikan Bioteknologi]

                      2) ChM. Dr. Pravina Deligannu [Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan]