Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

Garis Panduan Penubuhan & Pengurusan Entiti Penyelidikan UMS 
Garis Panduan Penubuhan & Pengurusan Makmal Hidup (Living Lab) 
LAMPIRAN B_Kertas Kerja Permohonan Sebagai Pusat Kecemerlangan Penyelidikan
LAMPIRAN C_Kertas Kerja Permohonan Sebagai Pusat Penyelidikan
LAMPIRAN D_Kertas Kerja Permohonan Sebagai Makmal Penyelidikan Diiktiraf
LAMPIRAN E_Kertas Kerja Permohonan Sebagai Makmal Hidup Diiktiraf
LAMPIRAN F_Carta Alir Penarafan Entiti Penyelidikan (Pusat Kecemerlangan Penyelidikan)
LAMPIRAN G_Carta Alir Penarafan Entiti Penyelidikan (Pusat Penyelidikan)
LAMPIRAN H_Carta Alir Penarafan Entiti Penyelidikan (Makmal Penyelidikan Diiktiraf)
 
Assalamualaikum & salam sejahtera
 
YBhg. Datuk / Prof, / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,
 
Dengan sukacitanya kami ingin memaklumkan bahawa proses cara kerja permohonan penarafan entiti penyelidikan (termasuklah living lab) bagi UMS telah diluluskan.
 
Oleh itu, bagi pihak YBrs, Prof. Pengarah PPP, kami ingin memaklumkan berkenaan Takwim Penarafan Entiti Penyelidikan UMS bagi tahun 2024.
 
Disertakan tarikh-tarikh penting untuk pemakluman:
 
Permohonan oleh FAPI: 1-31 Mei 2024
Saringan Permohonan: 1-15 Jun 2024
Audit Pembuktian Permohonan: 1 - 26 Julai 2024
Mesyuarat Jawatankuasa Penarafan Entiti Penyelidikan (JKPEP) Bil/2024: 30 Julai 2024
Pelaporan JKPEP kepada Jawatankuasa Penyelidikan & Inovasi UMS: Ogos/September 2024
 
Dimohon jasa baik Dekan/Pengarah/TDPI/TPPI untuk mewarwarkan tentang permohonan penarafan entiti penyelidikan kepada FAPI masing-masing.
 
Disertakan dokumen berikut sebagai rujukan:
Garis Panduan Penubuhan dan Pengurusan Entiti Penyelidikan UMS
Garis Panduan Penubuhan dan Pengurusan Living Lab UMS sebagai rujukan.
Carta Alir Permohonan setiap entiti penyelidikan
Template Kertas Kerja Permohonan setiap entiti penyelidikan
 
Semua permohonan hendaklah diemel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (emel rasmi kerja bagi Bahagian Pengurusan Strategik & Kecemerlangan Penyelidikan PPP) dan disalinkan kepada YBrs. Prof. Pengarah PPP sebagai pemakluman.
 
Untuk sebarang persoalan atau isu, boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyelidik dari Bahagian Pengurusan Strategik & Kecemerlangan Penyelidikan PPP, En. Mohd. Aminur Faiz bin Suis di talian 0195372210.
 
Sekian, terima kasih

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

 

 

Jabatan Oftalmologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan akan mengadakan "Diabetic Retinopathy Grading Workshop 2024" pada ketetapan seperti berikut:
 
Tarikh: 1-30 April 2024 (Online), 4 Mei 2024 (Face to face session)
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UMS
 
Link pendaftaran: https://forms.gle/pNuoFMy6fpsGAR2e7 (tarikh tutup penyertaan: 29 Mac 2024)

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Perkhidmatan Akademik

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Takwim Akademik Sesi 2024/2025 boleh dilayari dan dicetak melalui laman web https://bpa.ums.edu.my/index.php/ms/pelajar/pelajar-semasa

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini bolehlah menghubungi En. Ahmad Saprawan Bin Roslee / Pn. Ramni Awang di talian 088-329 061.

 

Kalendar Akademik Prasiswazah Tahun 2024/2025
Academic Calendar For Degree Programme 2024/2025
Kalendar Akademik Program Diploma Tahun 2024/2025
Academic Calendar For Diploma Programme 2024/2025