Pengumuman Daripada: Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains

 

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pentadbiran dan Makmal Bersepadu, Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS) tidak beroperasi / ditutup sementara  pada 02 Februari 2024 (Jumaat) atas keperluan aktiviti jabatan.

Segala  kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

 

HEBAHAN SUMBANGAN MANUSKRIP BAGI PENERBITAN INTAN MANAGEMENT JOURNAL TAHUN 2024

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.        Adalah dimaklumkan,  pihak Penerbit UMS telah menerima surat daripada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) bertarikh 22 Januari 2024 berkenaan dengan Hebahan Sumbangan Manuskrip bagi Penerbitan INTAN Management Journal Tahun 2024.

 

3.        Sehubungan itu,  bersama-sama ini dilampirkan surat tersebut untuk makluman dan perhatian pihak YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan selanjutnya.  Berikut adalah pautan untuk mencapai lampiran tersebut: https://shorturl.at/btCIK

 

Perhatian YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan ke atas perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.
 
Sekian.