Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Tentatif Program Pejuang Subuh @ UMS
Pusat Islam UMS dengan kerjasama Kelab Rakan Masjid UMS menjemput warga UMS untuk turun solat subuh berjemaah bersama-sama pada ketetapan berikut :
 
📆Tarikh : 20 Januari 2024 (Sabtu)
🕌Tempat : Masjid UMS
🕰️Masa : 4.30 AM
🍛Sarapan pagi juga disediakan terhad kepada 150 pek sahaja
 
Semua warga UMS dijempu hadir mengimarahkan solat subuh seperti solat Jumat!

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaraan

 

Jualan Lelong Aset Alih JPP

YBrs. Prof. Datuk Dr./YBrs. Prof. Dr./YBrs. Dr./Tuan/Puan, 

  

PELUPUSAN ASET ALIH SECARA JUALAN LELONG DI JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN  

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

  

2.        Sukacita dimaklumkan, pihak Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) akan mengadakan pelupusan aset alih secara jualan lelong pada ketetapan yang berikut: 

 

Tarikh             : 19 Januari 2024 (Jumaat) 

Masa               : 9.00 pagi – 11.30 pagi

Tempat          : Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan, UMS 

 

3.        Jualan lelong aset ini adalah terbuka kepada semua kakitangan UMS dan orang awam. Bersama ini disertakan Kenyataan Jualan Lelongan Aset Alih (KEW.PA-27 dan KEW.PA-27(A) sebagai rujukan pihak YBrs. Prof. Datuk Dr./YBrs. Prof. Dr./YBrs. Dr./Tuan/Puan. Sebarang makluman atau pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Encik Zulhazwan bin Salim, Pembantu Tadbir (P/O) di talian 012-824 3085

 

Perhatian dan kerjasama pihak YBrs. Prof. Datuk Dr./YBrs. Prof. Dr./YBrs. Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.