Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

 

TARIKH MULA  : 15 DISEMBER 2025 SEHINGGA 26 DISEMBER 2025

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA KERJA PENYELENGGARAAN JALAN DI JALAN PERDANA PUNCAK ILMU AKAN DILAKSANAKAN.

BAGI MENJAMIN KESELAMATAN PENGGUNA JALAN DAN MELANCARKAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN PENGGUNA JALAN DINASIHATKAN UNTUK SENTIASA BERHATI-HATI SERTA MEMATUHI SEGALA ARAHAN DAN PAPAN TANDA KESELAMATAN BAGI MENGELAKKAN KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI .

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.

 

SEKIAN DAN HARAP MAKLUM. 

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera warga UMS,
 
Dengan penuh rasa bangga dan sukacita, Universiti Malaysia Sabah melalui Penerbit UMS ingin mengumumkan satu lagi pencapaian membanggakan apabila buku terbitan UMS telah terpilih dalam MBBY Honour List 2026 anjuran Malaysian Board on Books for Young People (MBBY).
 
Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada:
 
Victor B. Pangayan
Lilian Lee Shiau Gee
Rose Patsy Tibok
atas kejayaan buku bertajuk:
The Tale of Ie’ Gadung
 
yang telah menerima pengiktirafan dalam MBBY Honour List 2026, sebuah senarai berprestij yang menghimpunkan karya berkualiti tinggi untuk kanak-kanak dan remaja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
 
Pencapaian ini bukan sahaja mengiktiraf kreativiti dan kualiti penulisan para penulis, malah turut mengharumkan nama Universiti Malaysia Sabah serta memperkukuh peranan Penerbit UMS dalam memperkasa penerbitan buku kanak-kanak dan remaja yang berimpak tinggi.
 
Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat atas dedikasi, komitmen dan kecemerlangan yang ditunjukkan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada warga UMS untuk terus menghasilkan karya bermutu dan berdaya saing.
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat (PKLM)

 

 

Pihak PKLM amat mengalu-alukan komen dan cadangan semua warga UMS dan komuniti mengenai penyampaian perkhidmatan PKLM dengan mengisi KKP yang disediakan di pautan https://bit.ly/KajiankepuasanpelangganPKLM atau imbas kod QR yang disediakan.  

Kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami harapkan bagi menambahbaik mutu perkhidmatan PKLM.  

Kesudian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi KKP ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa semua kakitangan UMS yang berstatus aktif WAJIB mengisi LNPT bagi tahun 2025.

Sehubungan itu, mohon agar semua Pegawai Yang Dinilai (PYD), Pegawai Penilai Pertama (PPP), Pegawai Penilai Kedua (PPK) dan Penilai Rakan Sekerja (PEER) dapat menyelesaikan tanggungjawab masing-masing mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Bersama ini dilampirkan Takwim Penilaian Prestasi (LNPT) Tahun Penilaian 2025 untuk rujukan.

 

Announcement From: Jabatan Perpustakaan

 

 

📢 VERIFICATION FOR ARTICLES & PROCEEDINGS 2025

 

Please submit your documents before 19 December 2025 to avoid any delay in the verification process😉

 

For enquiries, kindly contact us via WhatsApp:

🟢 Main Library: 013-8088222 / 088-320232

🟢 Medical Library: 088-329055

🟢 Sandakan Library: 089-634200

🟢 KAL Library: +6087-503119

📩Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.