Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dr/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan, 

 

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN JABATAN PERPUSTAKAAN TAHUN 2023  

 

Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang sedia ada secara berterusan, mohon jasa baik YBhg. Prof. Dr/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan, untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan Jabatan Perpustakaan dan memberikan maklum balas serta cadangan penambahbaikan.  

 

Hasil kajian akan digunakan untuk menambah baik perkhidmatan kepada pelanggan pada masa hadapan. Sila Imbas Kod QR Di Atas Atau Melaui Pautan: https://tinyurl.com/4bfua75t

 

Perhatian dan maklum balas YBhg. Prof. Dr/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan, amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

 

Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh / Salam Sejahtera,
 
YBhg. Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan,
 
Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.
 
2.  Adalah dimaklumkan bahawa Pengauditan Nilai bagi SPAN 2.0 Perkhidmatan Awam akan dilaksanakan melalui Inventori Sistem Audit Nilai (iNSAN). Sehubungan dengan itu, sesi PENGAUDITAN NILAI 2023 bagi agensi UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) akan bermula 1 SEPTEMBER 2023 sehingga 30 NOVEMBER 2023.
 
3. Sehubungan itu, semua KAKITANGAN UMS dipohon untuk mengisi INVENTORI PENILAIAN IDEAL PERIBADI ORGANISASI melalui pautan berikut selewat-lewatnya pada 15 NOVEMBER 2023;
 
https://insan.jpa.gov.my/invitation/bf8ca6ce-2a05-4690-8f44-4e9820073e8c
 
4. Inventori Sistem Audit Nilai (iNSAN) ini sesuai dilayari menggunakan pelayar Firefox, Chrome, Safari dan Microsoft Edge.
 
Kerjasama dan tindakan berkaitan perkara ini amat dihargai. 
 
Terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 🌻

 
PERHATIAN KEPADA BAKAL GRADUAN , PELAJAR dan ALUMNI❗️❗️
 
🗣️Bahhh! Jom ramai-ramai sertai FUND YOUR LIFESTYLE - FINANCIAL SECURITY PROJECT yang akan berlangsung 12 Oktober 2023 ini di Bilik Mesyuarat Utama (BMU) , FPEP.
 
Antara aktiviti menarik menanti anda sepanjang program berlangsung ialah:
 
💥 ICE BREAKING
💥 Q&A
💥 GROUP DISCUSSION
💥 JOB AND INTERNSHIP OPPORTUNITIES
 
🗓️ 12 Oktober 2023 (Khamis)
⏰ 10:00 Pagi
 
🔗 Daftarkan diri anda untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan: https://forms.gle/inBR1eQRMvMqguz29
 

Mari memeriahkan! 🥳🥳