Pengumuman Daripada: Unit Optometri, Hospital UMS

 

 

Unit Optometri adalah salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Hospital UMS (HUMS). Unit Optometri memberi perkhidmatan kepada pesakit yang mempunyai masalah penglihatan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti yang dinyatakan di dalam poster. 
 
Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan optometri, sila dapatkan rujukan daripada mana-mana klinik, pusat optometri/optik berdekatan atau Poliklinik UMS bagi orang awam. Manakala bagi warga UMS bolehlah terus ke Pusat Rawatan Warga (PRW) bagi mendapatkan rujukan doktor terlebih dahulu.
 
Klinik Optometri dijalankan di Pusat Rawatan Warga (PRW), UMS dan beroperasi pada setiap hari Selasa. 
 
'Penglihatan Berkualiti Keutamaan Kami'
 
UNIT OPTOMETRI, HUMS
TEL: 088- 329274

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Bayaran Pembekal dan Kakitangan, Jabatan Bendahari

 

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi pegawai di Unit Elaun & Kemudahan, Puan Clare Julius di talian 200520 atau melalui e-mel ke alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional UMS

 

 

SIRI PROGRAM PENTADBIR PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PPUMS)
 
Tajuk: Memperkasa & Mengupaya Jiwa Pentadbir
Penceramah: YBrs. Dr. Jakaria Dasan, Pengarah Komunikasi Korporat, UMS
🗓️Tarikh : 30 Ogos 2023 (Rabu)
⏰Masa : 10:00 Pagi
📲🖥️💻 Kaedah Penganjuran: Secara Dalam Talian Pautan: 
 
📍Terbuka untuk semua 
📍Mata IDP bagi kakitangan UMS 
Penyertaan adalah PERCUMA❗❗❗
 
Kehadiran pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan ke program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.