Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/ Dato’ Seri/ Dato’/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
HEBAHAN SEMBILAN INSTRUMEN TERAS HAK ASASI MANUSIA, KONVENSYEN BERKAITAN DENGAN STATUS PELARIAN SERTA STATUT ROM YANG DITERJEMAHKAN KE BAHASA MELAYU
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/ Dato’ Seri/ Dato’/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, pada tahun 2020 Kementerian Luar Negeri (KLN) Malaysia telah bekerjasama dengan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi bagi Hak Asasi Manusia (Office of the High Commissioner of Human Rights - OHCHR) untuk menterjemahkan sembilan (9) Instrumen Teras Hak Asasi Manusia, Konvensyen Berkaitan dengan Status Pelarian, dan Statut Rom ke dalam Bahasa Melayu. Inisiatif ini adalah selaras dengan objektif yang disasarkan iaitu untuk meningkatkan kesedaran semua pihak yang berkepentingan dan masyarakat Malaysia mengenai obligasi negara sekiranya Malaysia bersetuju untuk menyertai dan meratifikasi triti-triti berkenaan.
3. Sehubungan itu, dikemukakan bersama-sama ini dokumen-dokumen terjemahan atau muat turun dari pautan ini ( https://www.mohe.gov.my/muat-turun/penerbitan-jurnal-dan-laporan/instrumen-hak-asasi-manusia-diterjemah ) bagi triti yang berkenaan untuk dimuatnaik ke laman web rasmi Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian ini serta Universiti-Universiti Awam/ Politeknik supaya ianya dapat disebarluaskan dengan memuat naik di laman web rasmi masing-masing.
4. Segala kerjasama dan perhatian baik pihak YBhg. Datuk/ Dato’ Seri/ Dato’/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, mengenai perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pendidikan Tinggi
Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf
Jemputan Pengenalan Memanah Tradisional Percuma Staf UMS Kepada Kakitangan UMSTelah Diubah Ke Tarikh Baharu Iaitu 6 Ogos 2023 (Ahad). Sebarang Pendaftaran Dan Pertanyaan Lanjut Sila Hubungi Pihak Rawja Archery (Sila Rujuk Poster).
Pengumuman Daripada: Pusat Luar UMS
Hai warga Labuan!!!
Jom sertai Taklimat Terbuka PLUMS 2023 “JOM BELAJAR DI UMS” yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Pelbagai program yang anda boleh ceburi sama ada bekerja ataupun secara sepenuh masa. Kongsikan iklan ni kepada rakan-rakan ataupun keluarga terdekat.
Pensyarah yang berpengalaman akan berada bersama bagi menyampaikan kepada anda maklumat dengan lebih terperinci.
Rebutlah peluang ini dan sertai kami pada
Tarikh : 15 Julai 2023
Masa : 10.00 Pagi hingga 3 Petang
Tempat : Hotel Mariner, Labuan
Tunggu apa lagi? Jom sambung belajar
Sahkan kehadiran anda di pautan ini:
https://forms.office.com/r/ZD5ADBwG9B
atau untuk info lanjut sila hubungi kami di talian:
088 328 380
dan layari laman web rasmi kami di
Pembiayaan melalui PTPTN/KWSP
Bekerja sambil belajar
Sijil diiktiraf MQA
Fasiliti pembelajaran yang lengkap
Pengumuman Daripada: Penerbit UMS
Sebarang maklumat lanjut berkenaan pembiayaan yuran penerbitan bolehlah menghubungi Cik Hernetha Michelle Saikim (016-8190903) dan Puan Dora Diana Desmond (018-9619553).
Terma Pengguna | Penafian | Dasar Privasi | Polisi Keselamatan | Dasar Hak Cipta | Paparan Terbaik 1366x768